Laman Web Rasmi Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar

Font Size

Profile

SETTING

Soalan Lazim

 

Faq

SOALAN LAZIM

1.Bilakah waktu melawat bagi Hospital Pakar Sultanah Fatimah?

Masa melawat bagi Hospital Pakar Sultanah adalah seperti berikut:

Sabtu - Khamis : 12:30pm - 2.00pm dan 4:30pm - 7:30pm

Jumaat dan Cuti Kelepasan Am : 12:30pm - 7:30pm

2. Bagaimana caranya untuk mendapatkan rawatan kepakaran ?

Anda perlu diperiksa oleh pegawai perubatan di klinik kesihatan terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada doktor pakar yang berkaitan.

3. Berapakah kadar bayaran yang dikenakan oleh Hospital?

Kadar bayaran dan caj rawatan adalah mengikut kadar yang telah ditentukan oleh Kerajaan Malaysia. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.

4. Berapakah caj kemasukan @ cagaran hospital bagi warganegara dan bukan warganegara ?

Bagi warganegara wang cagaran berbeza mengikut disiplin. Rujuk disini untuk maklumat lanjut

5. Apakah penyakit berjangkit yang dimasukkan ke wad dikecualikan dari bayaran?

Ya, semua jenis penyakit berjangkit dikecualikan.

6. Apakah yang dimaksudkan dengan kes-kes kecemasan bagi tujuan rawatan di Jabatan Kecemasan ?

Kes-kes kecemasan termasuk kes kemalangan ( di jalan raya / di tempat kerja / domestik ) serangan lelah, serangan jantung, pengsan, digigit ular, kebakaran, sawan, pendarahan kemaluan, keracunan makanan, sakit perut secara tiba-tiba dan amat kuat.

7. Adakah pihak hospital bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda atau kenderaan pesakit / waris ?

Tidak. Pihak hospital tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu pesakit/waris dinasihatkan tidak membawa sebarang barang berharga semasa berada di hospital.

8. Adakah kemudahan parkir disediakan bagi pelawat Hospital Pakar Sultanah Fatimah?

Ya, kemudahan parkir disediakan di hadapan bangunan utama & berhadapan dengan Jabatan Kecemasan & Trauma.

9. Adakah kemudahan kafeteria disediakan bagi pelawat Hospital Pakar Sultanah Fatimah ?

Ya, kemudahan kafeteria disediakan bagi pelawat Hospital Pakar Sultanah Fatimah.

10. Bagaimanakah caranya untuk memohon pekerjaan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah

Hospital Pakar Sultanah Fatimah adalah hospital awam dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Segala pengambilan pegawai bagi kategori diploma dan ijazah adalah dibawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).   Pihak hospital dan kementerian tidak dapat membuat pengambilan secara terus.

Anda boleh memohon perjawatan dengan mengisi borang spa8i di alamat web ini http://putra3.spa.gov.my/online/BORANGSPA8I
.

 
http://hpsf.moh.gov.my/v1/index.php/ms/informasi/orang-awam/caj-dan-bayaran

Hubungi Kami

mail Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Jln Salleh, 84000 Muar

telephone black 06-9564000

homepano faxicon lrg 06-9526003

email-iconAlamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Paparan Terbaik

      firefox logo google chromedengan Resolusi 1024 x 768 pixels

   

     moh 2   1mal 2   1gov2   mjperubatan   myhealth2   mycpd   anm   hrmis 2   mampu   msc 2   1gov2   moh 2   mhtc   jknh   Pusat Darah Negara   makna

Utama Soalan Lazim