Laman Web Rasmi Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar

Font Size

Profile

SETTING

Hospital Mesra Ibadah

Informasi

Hospital Mesra Ibadah ini telah dilancarkan pada 21 Ogos 2010 di peringkat JKNJ bertempat di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Johor.

Projek-projek di bawah Unit Hal Ehwal Islam Hospital Mesra Ibadah adalah seperti berikut :

Menyediakan peralatan Ibadah, untuk memudahkan pesakit beribadah di setiap wad.

Contohnya:

  • Arah kiblat
  • Botol spray untuk wudhu
  • Debu tayammum
  • Bahan bacaan yang berbentuk Islam
  • Surau HPSF bersebelahan Wad Perubatan dan surgikal (baru digunapakai pada Julai 2011)

Objektif

Objektif

  • Menerapkan konsep kaedah ibadah ketika sakit.
  • Menjelaskan isu dan permasalahan yang berkaitan dengan ibadah pesakit.
  • Meningkatkan kemahiran kepada anggota kakitangan hpsf menangani permasalahan ibadah pesakit.
  • Meningkatkan kefahaman dalam permasalahan fiqh perubatan islam.
  • Mewujudkan suasana HPSF yang mesra ibadah kepada pesakit2.
  • Melatih jururawat dengan kursus T.O.T(Training of Trainers) dengan ilmu berkaitan dengan wudhu' dan tayamum pesakit agar dapat membantu pesakit menunaikan solat.

Aktiviti

Aktiviti yang telah dan sedang dijalankan adalah :

  • Bacaan doa pagi pada setiap hari di Pejabat Khidmat Pelanggan
  • Pengumuman masuknya waktu solat fardu
  • Menyediakan Kit-kit ibadat solat di setiap wad di HPSF. Peralatannya adalah : Botol spray, debu tayamum dan buku-buku bacaan Islam
  • Mengadakan kursus Training of Trainers kepada anggota HPSF secara berperingkat-peringkat
  • Mewujudkan surau/bilik sembahyang berhampiran Blok Medikal & Surgikal bagi memudahkan pesakit yang boleh bergerak untuk menunaikan solat.
  • Lawatan Ziarah Pesakit ke wad-wad yang dipilih setiap minggu, hari khamis jam 04.00 petang – 05.00 petang.

Hubungi Kami

mail Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Jln Salleh, 84000 Muar

telephone black 06-9564000

homepano faxicon lrg 06-9526003

email-iconAlamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Paparan Terbaik

      firefox logo google chromedengan Resolusi 1024 x 768 pixels

   

     moh 2   1mal 2   1gov2   mjperubatan   myhealth2   mycpd   anm   hrmis 2   mampu   msc 2   1gov2   moh 2   mhtc   jknh   Pusat Darah Negara   makna