Laman Web Rasmi Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar

Font Size

Profile

SETTING

Hospital Rakan Bayi

Informasi

Pengenalan

Hospital Rakan Bayi Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar telah diiktiraf dan dirasmikan oleh Dato' Chua Jui Ming; Menteri Kesihatan Malaysia pada 6 November 1997.

HPSF telah mendapat 4 kali pengiktirafan Hospital Rakan Bayi iaitu: 

  • 1997–2000
  • 2000-2003
  • 2003-2006
  • 2006- 26 Februari 2009

Objektif

Objektif

  1. Untuk membantu dan membimbing ibu-ibu dalam mengendalikan penyusuan susu ibu yang berterusan di wad dan apabila ibu-ibu keluar dari hospital.
  2. Mewujudkan perbincangan dan penghuraian masalah melalui telefon yang boleh menggalakkan ibu meningkatkan lagi amalan penyusuan susu ibu.
  3. Membantu memupuk dan membina keyakinan kepada ibu bapa dan ahli keluarga serta masyarakat sekeliling mengenai kaedah kepentingan susu ibu

Aktiviti

Aktiviti

Ceramah Pendidikan

Di wad obstetrik ibu-ibu diberi pendidikan dan tunjuk ajar serta teknik penyusuan yang betul dalam membantu ibu-ibu menjayakan penyusuan susu ibu. Ceramah Penyusuan susu ibu diberikan kepada ibu-ibu antenatal semasa di klinik dan semasa masuk wad antenatal.

Ceramah kepada ibu-ibu postnatal juga diberikan di dalam wad sebelum ibu pulang ke rumah. Mereka juga digalakkan memberi susu ibu secara ekslusif selama 6 bulan dan meneruskan sehingga 2 tahun.

Makanan pelengkap di mulakan semasa bayi berumur 6 bulan.

Mesyuarat Kumpulan Sokongan

Mesyuarat diadakan bagi membincangkan perancangan aktiviti yang akan dijalankan dan dilaksanakan serta mendapatkan sokongan padu daripada ahli kumpulan sokongan dalam membantu menjayakan penyusuan susu ibu yang berterusan.

Kursus Pengurusan Laktasi

  • Kursus ini dijalankan secara berterusan. Bagi tahun 2009 kursus ini telah diadakan sebanyak 3 kali dengan jayanya.
  • Kursus Pengurusan Laktasi sessi 1/2009 – 21.1.2009 -23.1.2009
  • Kursus Pengurusan Laktasi sessi 2/2009 – 3.6.2009 - 5.6.2009
  • Kursus Pengurusan Laktasi sessi 3/2009 – 19.10.2009- 21.10.2009

Seramai 97 peserta telah berjaya menghadiri kursus tersebut. Para peserta terdiri daripada Pegawai Perubatan Siswazah, Pegawai Diatetik, Pegawai Farmasi, Juruteknologi Makmal. Jururawat, Jururawat Lelaki,Staf daripada Jabatan Pengimejan dan juga staf daripada unit-unit lain.

Ini bertujuan bagi memastikan semua staf di dalam HPSF telah mendapat pendedahan dan bimbingan serta pembelajaran berkenaan penyusuan susu ibu dan hospital Rakan Bayi.

Pengukuhan Laktasi Kursus ini telah dijalankan sebanyak 6 kali. Peserta-peserta adalah terdiri daripada Staff O&G dan Peadiatrik yang telah mengikuti kursus pengurusan Laktasi.

Kursus ini dijalankan supaya semua staff mengulangkaji dan memantapkan lagi pengetahuan berkenaan penyusuan susu ibu.

Hubungi Kami

mail Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Jln Salleh, 84000 Muar

telephone black 06-9564000

homepano faxicon lrg 06-9526003

email-iconAlamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Paparan Terbaik

      firefox logo google chromedengan Resolusi 1024 x 768 pixels

   

     moh 2   1mal 2   1gov2   mjperubatan   myhealth2   mycpd   anm   hrmis 2   mampu   msc 2   1gov2   moh 2   mhtc   jknh   Pusat Darah Negara   makna