Laman Web Rasmi Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar

Font Size

Profile

SETTING

Hospital Rakan Suami

 

Informasi

Pengenalan

Hospital Rakan Suami Hospital Pakar Sultanah Fatimah telah dilaksanakan bermula pada 7 Jun 2002. Setiap pasangan yang ingin mengikuti program Teman Di Kamar Bersalin akan di pilih melalui Klinik Ante Natal pada hari Ahad dan Khamis.

Pasangan yang telah dipilih akan diberi ceramah ringkas di Bilik Seminar Wad 14 tingkat 3 Bangunan Cengal pada jam 10.00 pagi. Anda boleh menghubungi Klinik O&G HPSF untuk mendapatkan maklumat lanjut & menempah untuk slot Kelas Rakan Suami.

Objektif

Objektif

  • Untuk memberi sokongan moral kepada isteri yang bersalin.
  • Untuk meningkatkan imej dan mutu perkhidmatan di Bilik Bersalin.
  • Untuk meningkatkan kepuasan pelanggan selaras dengan budaya korporat Kementerian Kesihatan.

Aktiviti

Aktiiviti


Ceramah 2 kali seminggu iaitu pada setiap hari Ahad dan Khamis telah diadakan untuk setiap pasangan yang ingin mengikuti program Teman Kamar Bersalin.

Bagi suami yang akan menemani isteri di Dewan Bersalin, pas pengenalan diri perlu diserahkan kepada jururawat yang bertugas apabila suami hendak keluar dari Dewan Bersalin atau telah selesai proses kelahiran.

Anggota dari Klinik Kesihatan diminta untuk memberi kerjasama untuk memaklumkan kepada pasangan-pasangan yang ingin mengikuti program ini di hospital supaya mereka maklum bahawa Hospital Pakar Sultanah Fatimah adalah Hospital Rakan Suami.

Untuk makluman, kelas Rakan Suami di HPSF hanya akan sah di Hospital Pakar Sultanah Fatimah sahaja.

Hubungi Kami

mail Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Jln Salleh, 84000 Muar

telephone black 06-9564000

homepano faxicon lrg 06-9526003

email-iconAlamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Paparan Terbaik

      firefox logo google chromedengan Resolusi 1024 x 768 pixels

   

     moh 2   1mal 2   1gov2   mjperubatan   myhealth2   mycpd   anm   hrmis 2   mampu   msc 2   1gov2   moh 2   mhtc   jknh   Pusat Darah Negara   makna