Hospital Rakan Suami

Informasi

Pengenalan

Hospital Rakan Suami Hospital Pakar Sultanah Fatimah telah dilaksanakan bermula pada 7 Jun 2002. Setiap pasangan yang ingin mengikuti program Teman Di Kamar Bersalin akan di pilih melalui Klinik Ante Natal pada hari Ahad dan Khamis.

Pasangan yang telah dipilih akan diberi ceramah ringkas di Bilik Seminar Wad 14 tingkat 3 Bangunan Cengal pada jam 10.00 pagi. Anda boleh menghubungi Klinik O&G HPSF untuk mendapatkan maklumat lanjut & menempah untuk slot Kelas Rakan Suami.

Objektif

Objektif

Aktiviti

Aktiiviti


Ceramah 2 kali seminggu iaitu pada setiap hari Ahad dan Khamis telah diadakan untuk setiap pasangan yang ingin mengikuti program Teman Kamar Bersalin.

Bagi suami yang akan menemani isteri di Dewan Bersalin, pas pengenalan diri perlu diserahkan kepada jururawat yang bertugas apabila suami hendak keluar dari Dewan Bersalin atau telah selesai proses kelahiran.

Anggota dari Klinik Kesihatan diminta untuk memberi kerjasama untuk memaklumkan kepada pasangan-pasangan yang ingin mengikuti program ini di hospital supaya mereka maklum bahawa Hospital Pakar Sultanah Fatimah adalah Hospital Rakan Suami.

Untuk makluman, kelas Rakan Suami di HPSF hanya akan sah di Hospital Pakar Sultanah Fatimah sahaja.