Laman Web Rasmi Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar

Font Size

Profile

SETTING

Sekolah Dalam Hospital

Pengenalan

Murid bermasalah kesihatan terpaksa meninggalkan bangku sekolah atau mengambil cuti sakit untuk menjalani rawatan di hospital. Walaupun mereka menjalani rawatan di wad hospital, mereka masih perlu meneruskan pembelajaran dan menduduki peperiksaan awam Kementerian Pendidikan Malaysia. Menyedari hakikat ini, Sekolah Dalam Hospital, Hospital Pakar Sultanah Fatimah telah ditubuhkan di bawah kerjasama pintar antara Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Yayasan Nurul Yaqeen pada 1 April 2013. Usaha murni ini adalah seiring dengan hasrat yang diperjuangkan oleh UNESCO iaitu Education for All untuk memastikan perkhidmatan pendidikan boleh diakses oleh semua kanak-kanak dan remaja umur persekolahan tanpa mengira keadaan dan tempat termasuk murid yang menerima rawatan di wad hospital.

Objektif 

  • Menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada semua peringkat umur kanak-kanak yang bersekolah tanpa batasan tempat dan keadaan
  • Menyediakan pendidikan berterusan secara formal dan berstruktur dalam persekitaran yang kondusif bagi murid yang sedang dirawat di wad hospital bagi mengelak keciciran. 
  • Memberi sokongan serta rangsangan kepada murid bermasalah kesihatan untuk meneruskan pembelajaran
  • Menggalakkan pertumbuhan psikomotor yang normal dan membantu proses penyembuhan yang cepat

Fungsi

  • Satu pusat pembelajaran di hospital yang khusus dan berstruktur, berfokuskan kepada kesediaan dan keupayaan murid bermasalah kesihatan
  • Satu pusat pembelajaran yang membolehkan murid bermasalah kesihatan mengikuti pembelajaran berorientasikan didik hibur dan fleksibel sebagai satu proses penyembuhan semasa mendapat rawatan di hospital dengan guru sebagai pemudah cara
  • Laluan pendidikan bagi memenuhi prinsip akses dan kesamarataan dalam pendidikan
  • Pusat pembelajaran tanpa keuntungan
  • Pusat jaringan kerjasama antara agensi kerajaan, Badan Berkanun dan Badan Bukan Kerajaan

Perkhidmatan

Sekolah Dalam Hospital dikhususkan kepada murid bermasalah kesihatan berdasarkan syarat-syarat berikut:

  • Murid warganegara Malaysia yang berada di peringkat prasekolah, sekolah rendah, menengah dan tingkatan enam
  • Murid yang mempunyai kesediaan klinikal, fizikal dan mental untuk belajar yang diperakukan oleh pegawai perubatan
  • Waktu pengajaran bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang
  • Mendapat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga borang keizinan ditandatangani oleh ibu bapa atau penjaga bagi mengikuti SDH

Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di lokasi berikut iaitu di kelas SDH, Wad atau tempat yang dikenal pasti bersesuaian seperti taman.

SDH memberi keutamaan kepada 4 subjek teras iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Subjek lain juga boleh dipelajari sekiranya terdapat permintaan daripada murid
Takwim sesi persekolahan SDH adalah berpandukan sesi persekolahan sekolah harian biasa.

Hubungi Kami

mail Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Jln Salleh, 84000 Muar

telephone black 06-9564000

homepano faxicon lrg 06-9526003

email-iconAlamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Paparan Terbaik

      firefox logo google chromedengan Resolusi 1024 x 768 pixels

   

     moh 2   1mal 2   1gov2   mjperubatan   myhealth2   mycpd   anm   hrmis 2   mampu   msc 2   1gov2   moh 2   mhtc   jknh   Pusat Darah Negara   makna

Utama Informasi Sekolah Dalam Hospital