Laman Web Rasmi Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar

Font Size

Profile

SETTING

HPSF dilengkapi MRI

 

"Pengarahnya, Dr Selahuddeen Abd Aziz berkata, teknologi itu menjadikan HPSF sebagai hospital kerajaan ketiga di negeri ini dilengkapi peralatan tersebut"

Muar 9 Nov - Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) kini dilengkapi teknologi Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) yang mula beroperasi awal bulan lalu, bakal menjadi tempat rujukan pesakit bukan hanya dari Muar, tetapi  daerah sekitarnya Ledang, Segamat, Batu Pahat dan Kluang.

 

mri

Pengarahnya, Dr Selahuddeen Abd Aziz berkata, teknologi itu menjadikan HPSF sebagai hospital kerajaan ketiga di negeri ini dilengkapi peralatan tersebut.

Menurutnya, sistem pengimejan itu mampu menghasilkan imej berkualiti tinggi dan lebih tepat.

MRI akan memberi perkhidmatan kepada penduduk di utara Johor, ia menggunakan dua sistem iaitu dengan magnetik kekal dan satu lagi gunakan arus elektrik.

“Diharapkan MRI yang beroperasi penuh pada 1 Oktober lalu dapat menyediakan kemudahan terbaik dalam memberi perkhidmatan kepada pesakit.

“HPSF adalah satu-satunya hospital kerajaan yang mempunyai teknologi tersebut selepas Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) yang kedua-duanya di Johor Bahru,” katanya selepas majlis perasmian Sambutan Hari Radiografi Sedunia 2012 di Jabatan Pengimejan Dan Diagnostik (X-Ray) hospital itu, di sini, semalam.

Selahuddeen berkata, kepakaran radiologi HPSF kini bukan sahaja bagi perkhidmatan MRI. tetapi juga pemeriksaan x-ray biasa, penggunaan mesin CT Scan, pemeriksaan ultrasound (USG) dan mamografi yang semua penggunaannya meningkat saban tahun.

“Statistik empat perkhidmatan di jabatan ini kini meningkat sebanyak 150 kes dari Januari lalu hingga hari ini berikutan peningkatan pelbagai penyakit kronik di sini dan daerah sekitarnya.

“Daripada empat perkhidmatan ini, penggunaan x-ray biasa adalah yang tertinggi iaitu penggunaan sebanyak 55,322 bagi tempoh itu atau peningkatan penggunaan sebanyak lapan peratus berbanding jumlah penggunaan sepanjang tahun sebanyak 59,500 pada 2011 dan 56,800 (2010),” katanya.

Turut hadir Timbalan Pengarah (Perubatan) HPSF, Dr Noriza Abdullah; Ketua Jabatan dan  Pakar Radiologi jabatan tersebut, Dr Laili Suriani Ab Latip dan Ketua Unit Radiologinya, Nani Abdul Latif.

Sementara itu, Laili Suraini berkata, sambutan Hari Radiografi di HPSF itu diadakan  selama seminggu yang bermula pada hari Sabtu lalu dan diharap dapat memberi manfaat kepada masyarakat untuk didedahkan profesion radiologi.

“Salah satu tujuan program ini untuk memberi pendedahan kepada sekumpulan pegawai perubatan dam juru x-ray dari Johor dan Melaka,” katanya.

 

Sumber - Sinar Harian(9 November 2012)

Hubungi Kami

mail Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Jln Salleh, 84000 Muar

telephone black 06-9564000

homepano faxicon lrg 06-9526003

email-iconAlamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Paparan Terbaik

      firefox logo google chromedengan Resolusi 1024 x 768 pixels

   

     moh 2     1gov2   mjperubatan   myhealth2   mycpd   anm   hrmis 2   mampu   msc 2   1gov2   moh 2   mhtc   jknh   Pusat Darah Negara   makna