Laman Web Rasmi Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar

Font Size

Profile

SETTING

Jabatan Dermatologi

Informasi

Informasi

 

Jabatan Dermatologi terletak di bangunan utama Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar bersebelahan dengan Klinik Psikiatri.

Dr. Noreen Bt Md Arus adalah Pegawai Perubatan yang ditugaskan menjaga Klinik Kulit dan seorang pakar atas lawatan dari Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru akan datang setiap sekali sebulan.

SUMBER MANUSIA

JAWATAN

BILANGAN

Pakar UD54

0

Pakar UD48

1(Visiting)

Pegawai Perubatan UD48

2

Penolong Pegawai Perubatan U32

0

Penolong Pegawai Perubatan U29

1

Jururawat Terlatih U321(KUP)

1

Jururawat Terlatih U29

0

Jururawat Masyarakat U19

2

Pembantu Perawatan Kesihatan U12

2

Pembantu Tadbir N17

1

 

Misi

Misi


Memberikan perkhidmatan rawatan dermatologi yang bermutu tinggi dengan cekap, berkualiti dan berkesan kepada pesakit luar dan pesakit dalam.

Visi

Visi

Untuk mengurangkan kesakitan, kesusahan sosial/kosmetik serta kehilangan produktiviti yang berkaitan dengan penyakit kulit, kusta dan penyakit kelamin.

Objektif

Objektif

  •  
  1. Untuk mengurangan kesakitan atau kesusahan social/kosmetik, morbidity dan mortality dan kehilangan produktivitiyang berkaitan dengan pesakit kulit, kusta dan penyakit kelamin.
  2. Untuk mengurangkan kejadian penyakit kusta dan penyakit kulit melalui :

a)      Pendidikan kesihatan dan khidmat nasihat kepada pesakit

b)      Untuk memberitahu pegawai kesihatan yang berkenaan di daerah kes-kes yang perlu dimaklumkan dari segi undang-undang

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

Kami berjanji untuk memberikan perhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti

a)      Perkhidmatan klinik pakar akan diberikan mengikut temujanji dan/atau keadaan pesakit

b)      Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan rawatan

c)       Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin

d)      Kemudahan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan 

Perkhidmatan

Perkhidmatan


1.1      Rawatan penyakit kulit, kelamin, kusta dan kaunseling.

1.2      Rawatan `Day Care’: Excision, biopsy, cryotherapy, electrocautery, intralesion injection.

1.3      Pembelajaran berterusan (CME):  ‘In-house training’ dan penganjuran kursus untuk anggota dan di klinik-klinik kesihatan.

Dasar Perkhidmatan

a)      Berfungsi sebagai klinik pakar rujukan dan memberi rawatan Dermatologi, penyakit kelamin dan penyakit kusta kepada semua golongan pesakit dengan system temujanji kecuali kes kecemasan/segera

b)      Pesakit akan discaj mengikut Perintah Fee 1982 dan pekeliling bayaran semasa

c)       Rekod/kad pesakit akan disediakan sehari sebelum klinik

d)      Semua rekod pesakit akan dirahsiakan

e)      ‘Minor procedures’ akan dijalankan di bilik rawatan/bilik pembedahan kecil

f)       Peperiksaan pesakit wanita oleh doktor lelaki akan ditemani oleh seorang anggota wanita

g)      ‘Walk – in – clinic’ untuk pesakit kelamin (sexual transmitted infection)

h)      Laluan hijau untuk warga tua (70) tahun ke atas, bayi dan kes tenat

i)        Rwatan wad untuk kes-kes yang sakit tenat

j)        Rujuk kes-kes yang bermasalah lain daripada penyakit kulit kepada unit rawatan lain seperti unit perubatan dan pembedahan mengikut keperluan kes-kes penyakit kulit yang memerlukan rawatan berlanjutan seperti Hospital Pakar Sultanah Fatimah akan dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Kes-kes barah kulit akan dirujuk ke unit khas seperti Plastic Surgery dan unit Oncology

Untuk maklumat lanjut jadual klinik klik disini

Statistik

 

Hubungi Kami

mail Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Jln Salleh, 84000 Muar

telephone black 06-9564000

homepano faxicon lrg 06-9526003

email-iconAlamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Paparan Terbaik

      firefox logo google chromedengan Resolusi 1024 x 768 pixels

   

     moh 2   1mal 2   1gov2   mjperubatan   myhealth2   mycpd   anm   hrmis 2   mampu   msc 2   1gov2   moh 2   mhtc   jknh   Pusat Darah Negara   makna