Laman Rasmi Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar

Saiz Font

Profil/Themes

TETAPAN

Jabatan Kecemasan Dan Trauma

 

Informasi

Informasi


Jabatan Kecemasan dan Trauma merupakan Jabatan yang menjadi  "frontline‟ bagi Hospital Pakar Sultanah Fatimah. Jabatan ini terletak bersebelahan Jabatan Bedah Mulut.

Jabatan ini mempunyai beberapa zon iaitu Zon Kritikal (merah), Separa Kritikal (kuning) dan Tidak Kritikal (hijau) bersesuaian dengan perkhidmatan yang diberikan.

Dengan saranan KementerianKesihatan Malaysia, untuk piawaian masa menunggu, bagi mengurangkan masa menunggu di Klinik Pesakit Luar dan Jabatan Kecemasan & Trauma,

Klinik Selepas Waktu Pejabat diwujudkan untuk memberi rawatan kepada pesakit yang datang selepas waktu pejabat atau pada hari kelepasan di lokasi lain yang telah ditetapkan.

Klinik tersebut telah di ruang menunggu berhampiran tempat mengambil penumpang. Anggota yang terlibat adalah seorang Pegawai Perubatan, dua orang Paramedik, seorang Jururawat Terlatih serta dua orang Pembantu Perawatan Kesihatan yang berminat untuk bertugas lebih masa.


Misi

Misi

  1. Menyediakan perkhidmatan kecemasan yang professional kepada pelanggan.
  2. Mengamalkan budaya kerja berpasukan secara professional dan mesra denganmenekankan komunikasi berkesan serta mewujudkan persekitaran yang selamat danselesa.
  3. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota hospital dan memberi perkhidmatankecemasan kepada masyarakat melalui pembelajaran berterusan.
  4. Memastikan hak pelanggan sentiasa dihormati dan dilindungi.

Visi

Visi

Mewujudkan sebuah jabatan yang efisyen dan berkualiti yang boleh menjadi modelperkhidmatan kecemasan ke  arah peningkatan tahap kesihatan masyarakat.

 

Objektif

Objektif

Memberi perkhidmatan perawatan kecemasan dan trauma yang efektif, efisyen dan tepatkepada pesakit untuk mencapai tahap kestabilan yang cepat dan pemulihan yang optimal.

 

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

Kami berjanji :

  1. Memberi rawatan yang sewajarnya mengikut kod warna seperti berikut :
  • Merah (E1) : Memberi rawatan segera bagi kes-kes kecederaan parah, sakit dada, sakit jantung secara mengejut dan lain-lain kes kritikal/ (kurang 5 minit).
  • Kuning (E2) : Menerima rawatan kes-kes separa kritikal yang memerlukan rawatan dalam masa 30-60 minit.
  • Hijau (N3) : Kes-kes yang tidak kritikal dan boleh diberi rawatan dalam masa 1jam -2 jam.

2.  Menyampaikan maklumat yang tepat kepada pelanggan dari masa ke semasa dan menjaga 

      kerahsiaan mereka.3.

3.  Menyediakan pasukan kecemasan dan peralatan dalam masa 5 minit.

4.  Mengendalikan aduan pelanggan dalam masa 24 jam.

 

Perkhidmatan

 Perkhidmatan

  • Klinik Lepas Waktu Pejabat 

KLWP merupakan Klinik Pesakit Luar yang memberikan perkhidmatan perubatan dan perawatan kepada pesakit-pesakit yang datang ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar untuk mendapat rawatan   selepas waktu  pejabat. Kes-kes ini yang dikategori  dalam golongan “Tidak Kritikal” akan diberi rawatan di klinik ini selepas waktu pejabat (8.00 mlm hingga 12.00 malam pada hari bekerja biasa dan 9.00 pagi hingga 12.00 malam pada hari kelepasan).

 
KLWP diwujudkan atas arahan dan saranan Kementerian Kesihatan  untuk mengurangkan masa  menunggu (kurang dari 30 minit) kepada pesakit-pesakit yang mendapat rawatan di hospital kerajaan. KLWP di HPSF telah dimulakan sejak bulan Jun 2008.  Sehingga Disember 2008 KLWP HPSF telah menerima sebanyak 9158 orang pesakit. Pada tahun 2009 jumlah kedatangan pesakit telah meningkat kepada 22120 orang.

  • Pusat Koordinasi Perubatan Kecemasan

             (a)       Perkhidmatan Panggilan Ambulans bagi kes kemalangan dan kecemasan perubatan 

                          Hub Johor Utara yang kini dipanggil Pusat Koordinasi Perubatan Kecemasan.


             (b)       Menerima,menyaring dan mengagihkan panggilan kecemasan kepada pasukan 

                          perubatan yang tertentu mengikut permintaan kecemasan.


             (c)       Mengawal dan memantau pergerakan ambulans di kawasan Zon Utara Johor yang

                         meliputi Daerah Batu Pahat, Segamat, Ledang, Muar juga Klinik Komuniti Muar.

 
             (d)       Menghantar statistik bulanan ke  JKNJ dan KKM bahagian Perkembangan Perubatan.


  • Unit Forensik:

Unit ini dibawah jagaan Jabatan Kecemasan & Trauma dan telah mendapat 2 pos baru ia itu seorang Penolong Pegawai Perubatan U36 dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U14.

Unit ini menjalankan fungsi dengan :


(a)       Menerima, menyimpan mayat dari Wad-Wad, Jabatan Kecemasan Dan Trauma dan

             menyerahkan mayat kepada warisnya untuk pengkebumian.


(b)       Mengurus dan menjalankan bedah siasat mayat bagi kes "Medico Legal‟, Koronal atau

             untuk tujuan penyelidikan perubatan.

 
(c)       Mengambil dan menghantar spesimen ke makmal bagi kes " Medico Legal‟

           (d)       Menyerah spesimen kepada pihak polis jika permintaan ujian makmal daripada pihak

                        polis.


Untuk melihat jadual Klinik Lepas Waktu Pejabat, klik disini


 

Hubungi Kami

mail Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Jln Salleh, 84000 Muar

telephone black 06-9521901

homepano faxicon lrg 06-9526003

email-iconAlamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Paparan Terbaik

      firefox logo ie opera safari google chrome

   dengan Resolusi 1024 x 768 pixels

   

     moh 2   1mal 2   1gov2   mjperubatan   myhealth2   mycpd   anm   hrmis 2   mampu   msc 2   1gov2   moh 2   mhtc   jknh   Pusat Darah Negara   makna