Laman Web Rasmi Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar

Font Size

Profile

SETTING

Jabatan Obstetrik Dan Ginekologi

Informasi

Informasi

Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar merupakan sebuah jabatan yang aktif dan mantap dalam pengendalian pesakit. Jabatan ini juga sentiasa memperbaiki dan memperkemaskan perkhidmatan dengan berpandukan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2000 dan Persijilan Akreditasi.

Jabatan ini diketuai oleh DR. Ab.Rahim Bin Abd.Ghani (Pakar O & G). Beliau dibantu oleh 3 orang Pakar O & G, Seorang Pegawai Perubatan Klinikal - U48 dan 2 orang Pegawai Perubatan U44 dan 5 orang Pegawai Perubatan U41. Jabatan ini juga merupakan antara jabatan yang paling sibuk di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.

Khidmat kepakaran Kebidanan dan Sakit Puan disediakan bagi merawat pesakit dari Daerah Muar, Tangkak, Batu Pahat, Segamat, Selatan Pahang, Sempadan Melaka Muar dan Kluang.

Jabatan ini mengandungi unit-unit berikut:

  • Dewan Bersalin & HDU – Terletak di Tingkat Satu berhadapan dengan Dewan Bedah. Wad ini mengandungi 12 katil bersalin dan 3  katil di HDU (Ibu mengandung yang berisiko tinggi). Wad inidiselia oleh KJ Florence Sima.
  • Wad 11 – Wad Sakit Puan – terletak di tingkat bawah Blok Cengal. Wad ini mempunyai 28 katil dan diselia oleh KJ Timah Abu Bakar.
  • Wad 12 - Terletak di Aras 1 Blok Cengal. Wad ini mengendalikan pesakit selepas bersalin biasa sebanyak 22 katil dan 6  katil untuk pesakit Oftalmologi. Wad ini diselia oleh KJ Zalina Sukarman.
  • Wad 13 -  Terletak di Aras 2 Blok Cengal. Wad ini mengendalikan pesakit selepas bersalin biasa dan pembedahan. Wad ini mengandungi 28 katil. Ianya diselia oleh KJ Juriah Abu Bakar & KJ Sukinah Mastam.
  • Wad 14 - Terletak di Aras 3 Blok Cengal. Wad ini mengendalikan pesakit selepas bersalin biasa dan pembedahan. Wad ini mengandungi 28 katil dan diselia oleh KJ Khatijah Hassan Kesemua wad di Aras 1, Aras 2 dan Aras 3 termasuk Wad Sakit Puan mempunyai katil untuk Kelas Satu, Kelas 2 dan Kelas 3.
  • Klinik Pakar O & G – Merawat pesakit yang dirujuk dari Klinik Kesihatan, Unit Kecemasan, Klinik- Klnik Pakar lain, OPD serta lain-lain hospital dan jabatan yang berkaitan termasuk dari Klinik Swasta, juga staf yang dirujuk oleh Klinik Sejahtera/Staf hospital ini.

 

Perkhidmatan

Perkhidmatan

  • Pemeriksaan kepada Ibu Mengandung (Antenatal).
  • Pemeriksaan kepada Ibu selepas bersalin (Postnatal).
  • Pemeriksaan Sakit Puan.
  • Menjalankan prosedur-prosedur seperti berikut:

1.    Pengambilan Pap Smear kepada pesakit yang dirujuk ke Klinik Sakit Puan termasuk pemeriksaan kepada staf hospital yang dirujuk oleh Klinik Sejahtera HPSF Muar.

2.    Pengambilan Endomatrium sampling.

3.    Colposcopy – Video Colposcopy yang baru diperkenalkan pada Nov 2005.

4.    Ultrasound.

5.    Cryo Surgery.

6.    Pemberian suntikan ATT, Lucrin, Zoladex.

7.    Pemasangan dan penukaran alat IUCD dan `Ring Pessary’.

 

Untuk maklumat lanjut tentang jadual klinik pakar, klik disini

Hubungi Kami

mail Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Jln Salleh, 84000 Muar

telephone black 06-9564000

homepano faxicon lrg 06-9526003

email-iconAlamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Paparan Terbaik

      firefox logo google chromedengan Resolusi 1024 x 768 pixels

   

     moh 2   1mal 2   1gov2   mjperubatan   myhealth2   mycpd   anm   hrmis 2   mampu   msc 2   1gov2   moh 2   mhtc   jknh   Pusat Darah Negara   makna