Laman Web Rasmi Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar

Font Size

Profile

SETTING

Jabatan Oftalmologi

Informasi

Informasi


Jabatan Oftalmologi yang diketuai oleh seorang PakarPerunding Oftalmologi,  jabatan ini merupakan pusat rujukan yang berkaitan dengan masalah sistem penglihatan sekitar daerah Muar, Tangkak, Segamat dan Batu Pahat.

Selain dari memberi rawatan pesakit luar dan menjalankan prosedur klinikal dan pembedahan kecil di klinik,  jabatan ini juga menjalankan  pembedahan major. Pesakit-pesakit yang perlu menjalankan pembedahan di tempatkan di wad-wad seperti wad 5 untuk pesakit lelaki dan wad 12 untuk pesakit perempuan.


Pakar Oftalmologi mempunyai jadual lawatan ke Hospital Segamat secara amnya pada hari Rabu minggu terakhir setiap bulan.

Misi

Misi

Mengamalkan budaya kerja yang menekankan komunikasi berkesan, perkhidmatan secara professional yang mesra dansemangat kerja berpasukan

Memelihara kebajikan anggota dan mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan selesa

Menyediakan peluang latihan dan kemahiran dalam bidang kerjaya bagi menjadikan Jabatan Oftamologi sebagai organisasipembelajaran yang berterusan

Visi

Visi

Mewujudkan Perkhidmatan Kepakaran Oftalmologi dan perawatan secara optima dengan menekankan budaya profesionalisma, kerja berpasukan, penyayang dan mesra bagi kepuasan pelanggan.

Objektif

Objektif

Untuk meningkatkan perkhidmatan Oftalmologi yang berkesan dan cekap supaya kes-kes kecacatan penglihatan yang boleh dielakkan dapat dikurangkan.

Untuk memperbaiki keadaan pesakit-pesakit yang kekurangan daya penglihatan atau menghadapi masalah mata yang lain.

 

Piagam

Piagam Pelanggan

Kami Berjanji :

  • 80% pesakit akan dilihat oleh Pegawai Perubatan dalam masa 90 minit.
  • 20% pesakit akan dilihat oleh  Pegawai Perubatan dalam masa 120 minit.
  • Ruang menunggu sentiasa  bersih, selamat dan selesa.

 

Perkhidmatan

Perkhidmatan

  • Klinik / Wad
  • Sudut bacaan / pendidikan untuk pesakit dan kakitangan.
  •  Dewan Bedah

                         1.    Pembedahan Harian ( Day Care)

                          2.   Pembedahan Major.

  • Community Eye :    Mengadakan Community Eye Service sekurang-kurang 3 kali setahun.
  • Khidmat nasihat berkaitan Oftalmologi.
  • Pembedahan Kecil.
  • Pembedahan Elektif.
  • Rawatan Pesakit Luar.
  • Rawatan Pesakit dalam.
  • Rawatan Optometris.
  • Pembedahan Major.
  • Perkhidmatan rawatan Argon Laser.
  • Perkhidmatan Ultrasound BScan.
  • Rawatan dan Pembedahan Kecemasan.
  •  
  • Untuk maklumat lanjut berkenaan jadual klinik pakar, klik di sini

 

 

Hubungi Kami

mail Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Jln Salleh, 84000 Muar

telephone black 06-9564000

homepano faxicon lrg 06-9526003

email-iconAlamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Paparan Terbaik

      firefox logo google chromedengan Resolusi 1024 x 768 pixels

   

     moh 2   1mal 2   1gov2   mjperubatan   myhealth2   mycpd   anm   hrmis 2   mampu   msc 2   1gov2   moh 2   mhtc   jknh   Pusat Darah Negara   makna