Laman Web Rasmi Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar

Font Size

Profile

SETTING

Jabatan Ortopedik

Informasi

Informasi


Perkhidmatan ortopedik bermula di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar sejak tahun 1980-an. Pada  awalnya hanya lawatan pakar setiap sebulan diadakan. Selepas itu, pada tahun 1995 terdapat pakar  ortopedik yang tetap, tetapi jabatan ortopedik  masih bergabung dengan jabatan pembedahan.

Jabatan ortopedik berpisah sepenuhnya dari jabatan pembedahan pada tahun 1998. Jabatan ortopedik Hospital Pakar  Sultanah Fatimah Muar memberi perkhidmatan rawatan kepada pesakit di semua peringkat umur.  Dengan pertambahan bilangan kenderaan di jalanraya dan  pertambahan jalanraya dan lebuhraya, maka secara tidak langsung kadar kemalangan juga turut bertambah.

Peningkatan sektor perkilangan terutama industri  perabut di daerah Muar, juga turut menyumbang kadar kemalangan semasa berkerja. Skop perawatan terutamanya adalah perawatan trauma (kepatahan) dan juga kes-kes ortopedik umum yang lain.  Tahun demi tahun peningkatan ketara dapat dilihat dari segi jumlah pesakit yang dirawat di jabatan ini.

Ianya menyebabkan jabatan ini sentiasa aktif dan sibuk.  Perkembangan di dalam skop perkhidmatan terutamanya aspek  perawatan ortopedik dan traumatologi yang terkini, turut menyumbang peningkatan jumlah pesakit.

Jabatan Ortopedik dikendalikan oleh  Pakar Bedah Ortopedik iaitu Dr Md Mujait Kasman (mula bertugas pada januari 2000) sebagai Ketua Jabatan dan dibantu oleh Dr. Mohamad Razip Sirat (mula bertugas pada Jun 2006) yang juga merupakan timbalan ketua jabatan ortopedik. Beliau memilik kepakaran dalam bidang kecederaan sukan dari Korea Selatan.

Selain itu, pakar perubatan bertugas adalah Dr. Ahmad Riaz Fami yang merupakan pakar bedah ortopedik dan Dr. Moriffin Mahpis bertugas sebagai pakar rawatan sukan, manakala Dr. Abdul Rahman Hamid merupakan pegawai perubatan kanan yg bertanggungjawab menjadi koordinator kanan bagi pasukan penjagaan luka di HPSF. ยท

Bermula 2015, terdapat 2 perkhidmatan baru diperkenalkan iaitu Klinik Penjagaan Luka dan rawatan bagi kecederaan sukan.

Perjawatan di Klinik Ortopedik :

  • Penolong Pegawai Perubatan U32 -1
  • Penolong Pegawai Perubatan U32(KUP) -1
  • Penolong Pegawai Perubatan U29 -2
  • Jururawat Terlatih U32(KUP) -3
  • Jururawat Masyarakat - 3
  • Pembantu Perawatan Kesihatan - 2
  • Pembantu Tadbir - 1

Perjawatan di Wad Ortopedik :

  • Ketua Jururawat U32 - 6
  • Jururawat Terlatih U32(KUP) - 2
  • Jururawat Terlatih U29 - 47
  • Pembantu Perawatan Kesihatan - 14

Misi

Misi

  • Jabatan Ortopedik menyediakan perkhidmatan kepada pesakit di semua peringkat umur, memberi penekanan kepada rawatan atau kecederaan yang berkaitan dengan sistem rangka dan organ penggerak.
  • Kami berusaha untuk mengurangkan kesakitan dan komplikasi dapat dikawal dari awal untuk memastikan bahawa pemulihan yang maksima tercapai
  • Kami berltizam untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dengan meningkatkan ciri-ciri keselesaan dan kesejahteraan. 

Perkhidmatan

  • Memberi keceriaan dan kepuasan kepada pesakit didalam proses perawatan dan pemulihan paling optima dengan memberi perkhidmatan yang berkualiti dan profesional
  • Menyediakan perkhidmatan dengan penuh bertanggungjawab dengan setiap anggota memainkan peranan penting masing masing untuk menjadikan Jabatan Ortopedik satu organisasi yang terkini bagi memulihkan kecederaan dan kecacatan anggota.
  • Visi

    Visi

    Mewujudkan perkhidmatan kepakaran perawatan secara optima, merangkumi perkhidmatan penyayang. Kerja berpasukan secara profesionalisma untuk kepuasan pelanggan

    Objektif

    Objektif

    Memastikan bahawa pesakit yang mengidap penyakit atau kecederaan yang berkaitan dengan sistem rangka dan organ penggerak memperolehi rawatan agar kesakitan dan komplikasi dapat dikawal dari awal dan untuk memastikan bahawa pemulihan yang maksimum tercapai

    Piagam Pelanggan

    Piagam Pelanggan Klinik Ortopedik

    1.      90% Pelanggan diperiksa oleh pegawai perubatan dalam masa 90 minit

    2.      10% Pelanggan diperiksa oleh pegawai perubatan dalam masa 120 minit

    3.      Ruang menunggu sentiasa bersih, selamat dan selesa

    4.      Mengendalikan aduan pelanggan dalam masa 24 jam

     Untuk melihat jadual Klinik Pakar, sila klik di sini Jadual Klinik Pakar

    Statistik

     

    Hubungi Kami

    mail Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Jln Salleh, 84000 Muar

    telephone black 06-9564000

    homepano faxicon lrg 06-9526003

    email-iconAlamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

    Paparan Terbaik

          firefox logo google chromedengan Resolusi 1024 x 768 pixels

       

         moh 2   1mal 2   1gov2   mjperubatan   myhealth2   mycpd   anm   hrmis 2   mampu   msc 2   1gov2   moh 2   mhtc   jknh   Pusat Darah Negara   makna