Jabatan Ortopedik

Informasi

Informasi


Perkhidmatan ortopedik bermula di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar sejak tahun 1980-an. Pada  awalnya hanya lawatan pakar setiap sebulan diadakan. Selepas itu, pada tahun 1995 terdapat pakar  ortopedik yang tetap, tetapi jabatan ortopedik  masih bergabung dengan jabatan pembedahan.

Jabatan ortopedik berpisah sepenuhnya dari jabatan pembedahan pada tahun 1998. Jabatan ortopedik Hospital Pakar  Sultanah Fatimah Muar memberi perkhidmatan rawatan kepada pesakit di semua peringkat umur.  Dengan pertambahan bilangan kenderaan di jalanraya dan  pertambahan jalanraya dan lebuhraya, maka secara tidak langsung kadar kemalangan juga turut bertambah.

Peningkatan sektor perkilangan terutama industri  perabut di daerah Muar, juga turut menyumbang kadar kemalangan semasa berkerja. Skop perawatan terutamanya adalah perawatan trauma (kepatahan) dan juga kes-kes ortopedik umum yang lain.  Tahun demi tahun peningkatan ketara dapat dilihat dari segi jumlah pesakit yang dirawat di jabatan ini.

Ianya menyebabkan jabatan ini sentiasa aktif dan sibuk.  Perkembangan di dalam skop perkhidmatan terutamanya aspek  perawatan ortopedik dan traumatologi yang terkini, turut menyumbang peningkatan jumlah pesakit.

Jabatan Ortopedik dikendalikan oleh  Pakar Bedah Ortopedik iaitu Dr Md Mujait Kasman (mula bertugas pada januari 2000) sebagai Ketua Jabatan dan dibantu oleh Dr. Mohamad Razip Sirat (mula bertugas pada Jun 2006) yang juga merupakan timbalan ketua jabatan ortopedik. Beliau memilik kepakaran dalam bidang kecederaan sukan dari Korea Selatan.

Selain itu, pakar perubatan bertugas adalah Dr. Ahmad Riaz Fami yang merupakan pakar bedah ortopedik dan Dr. Moriffin Mahpis bertugas sebagai pakar rawatan sukan, manakala Dr. Abdul Rahman Hamid merupakan pegawai perubatan kanan yg bertanggungjawab menjadi koordinator kanan bagi pasukan penjagaan luka di HPSF. ยท

Bermula 2015, terdapat 2 perkhidmatan baru diperkenalkan iaitu Klinik Penjagaan Luka dan rawatan bagi kecederaan sukan.

Perjawatan di Klinik Ortopedik :

Perjawatan di Wad Ortopedik :

Misi

Misi

Visi

Visi

Mewujudkan perkhidmatan kepakaran perawatan secara optima, merangkumi perkhidmatan penyayang. Kerja berpasukan secara profesionalisma untuk kepuasan pelanggan

Objektif

Objektif

Memastikan bahawa pesakit yang mengidap penyakit atau kecederaan yang berkaitan dengan sistem rangka dan organ penggerak memperolehi rawatan agar kesakitan dan komplikasi dapat dikawal dari awal dan untuk memastikan bahawa pemulihan yang maksimum tercapai

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan Klinik Ortopedik

1.      90% Pelanggan diperiksa oleh pegawai perubatan dalam masa 90 minit

2.      10% Pelanggan diperiksa oleh pegawai perubatan dalam masa 120 minit

3.      Ruang menunggu sentiasa bersih, selamat dan selesa

4.      Mengendalikan aduan pelanggan dalam masa 24 jam

 Untuk melihat jadual Klinik Pakar, sila klik di sini Jadual Klinik Pakar

Statistik