Laman Web Rasmi Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar

Font Size

Profile

SETTING

Jabatan Pembedahan Am

Informasi

 Informasi


Jabatan pembedahan memberi perkhidmatan pembedahan am dan juga berfungsi sebagai pusat rujukan bagi Hospital Tangkak, Batu Pahat dan Segamat. Jabatan ini juga menjalankan prosedur ERCP, Endoscopy dan Colonoscopy.

Anggotanya terdiri daripada 3 orang pakar bedah, 6 orang pegawai perubatan, 11 orang Ketua Jururawat.

Pada tahun 2009, jumlah pesakit di Klinik Pakar Pembedahan (SOPD) dan Klinik Payudara (PDC) adalah 11167 orang . Jumlah pesakit SOPD adalah seramai 9230 orang pesakit manakala PDC seramai 1937 orang pesakit.

Klinik payudara atau PDC memulakan perkhidmatan pada tahun 1996. Perkhidmatan ini termasuk pengesanan awal, perawatan, pendidikan dan pencegahan. Pada tahun 2009  jumlah pesakit meningkat sebanyak 1937 orang berbanding dengan 1638 pada tahun 2008. Data ini menunjukkan peningkatan sebanyak 299 orang pesakit.

Jabatan ini juga terlibat dalam program latihan in-house serta bagi pelajar perubatan dari kolej dan universiti tempatan, khususnya Malacca-Manippal Medical College.

Jabatan ini turut mengadakan mesyuarat bulanan pada hari Khamis minggu pertama setiap 2 bulan untuk membincangkan masalah-masalah yang dihadapi dan cara mengatasinya. Maklumat penting dapat disampaikan kepada semua lapisan anggota. Selain daripada itu, objektif kualiti MS ISO serta indicator NIA pun dibincang.

 

Pada tahun 2009 SOPD telah menganjurkan kursus berkhatan (Religious Circumcission) dan program berkhatan beramai-ramai anak-anak staf hospital bersama pihak sekolah.Ia telah diadakan pada 9,10 dan 11 Disember 2009.

 

Misi

Misi

1. Menyediakan perkhidmatan yang komprehensif terhadap rawatan pesakit.

 2. Memastikan pesakit pembedahan diberi maklumat yang jelas tentang masalah, prosedur yang akan dan telah dijalankan dan rawatan susulan di Klinik Pakar Pembedahan (SOPD).

 3. Memastikan pesakit dirawat dengan selamat menggunakan teknik dan maklumat terkini disamping memastikan rawatan tersebut adalah kos efektif.

 4. Memastikan pesakit di dalam keadaan yang optima sebelum menjalankan pembedahan elektif.

 5. Memastikan pesakit yang memerlukan pembedahan segera (emergency cases) mempunyai tahap kesihatan yang mampu melaui risiko pembedahan.

 6. Memastikan pesakit yang memerlukan pembedahan segera diutamakan.

 7. Memberi rawatan dengan sikap penyayang, secara berkerjasama dan sentiasa memastikan tahap profesionalisma yang tinggi di kalangan setiap personel.

 

Visi

Visi

 Mewujudkan perkhidmatan kepakaran pembedahan dan perawatan secara optima merangkumi perkhidmatan penyayang, kerja berpasukan secara profesionalisma untuk kepuasan pelanggan.

Objektif

 Objektif

 Memberi perkhidmatan perawatan kecemasan dan trauma yang efektif, efisyen dan tepat kepada pesakit untuk mencapai tahap kestabilan yang cepat dan pemulihan yang optimal.

Piagam

 Piagam Pelanggan

 Kami berjanji :

  • Memberi rawatan yang sewajarnya  mengikut kad warna seperti berikut :

Merah(E1)   : Menerima rawatan segera bagi kes-kes kecederaan parah, sakit dada, sakit jantung secara mengejutdan lain-lain kes kritikal (kurang 5 minit).

Kuning(E2) :   Menerima kes-kes rawatan separa kritikal yang memerlukan rawatan dalam masa 30-60 minit.

Hijau (N3)   :

Kes-kes yang tidak kritikal dan boleh diberi rawatan dalam masa 1-2 jam.

  •  Menyampaikan maklumat yang tepat kepada pelanggan dari masa ke semasa dan menjaga kerahsiaan mereka.
  •  Menyediakan pasukan kecemasan dan peralatan dalam masa 5 minit.
  • Mengendalikan aduan pelanggan dalam masa 24 jam,

 

Perkhidmatan

Perkhidmatan

1. Klinik Pakar Pembedahan : 

    • Pemeriksaan dan rawatan pesakit luar.
    • Memberi dan mengendalikan temujanji untuk kes baru, kes susulan, Memmogram, Ultrasound, Endoscope, ERCP, contrast medium dan lain-lain.
    • Berkhatan semasa cuti sekolah.
    • Tempat & Masa operasi:    
    •                                  a. Bangunan Poliklinik, Aras Satu,  Klinik Pakar Nombor 15

                                                   b. Masa Operasi: Hari Isnin & Selasa ( 8:00 pagi-1:00 petang )

 

Klinik Payudara: Hari Selasa : (2.00 petang –5.00 petang )

 

2. Pesakit Dalaman (In Patient) :

Blok Angsana yang terdiri daripada bangunan 4 tingkat merupakan wad pembedahan di tingkat 1, 2, dan 3 (Wad 4, 5, & 6). Blok ini mempunyai 93 katil iaitu 50 buah katil untuk disiplin ENT, Ortopedik, Dental dan Mata. Blok Cengal terdiri dari 4 tingkat merupakan wad pembedahan kanak-kanak (Wad 15) dan wad pembedahan Kelas Satu (Wad 18)

3. Pembedahan oleh pakar bedah dan pegawai perubatan serta kejururawatan.

4. Menjalankan pembedahan major, minor, Endoscopy dan laproscope surgery.

5. Mengurus kes rujukan ke unit / hospital lain.

6. Memberi khidmat kaunseling kepada pesakit dan waris.

7. Mengurus mayat.

8. Memberikan perkhidmatan bersunat (Circumcision) pada waktu cuti sekolah.

9. Latihan & Continued Medical Education (CME)

10. Mortality Review‟ pada setiap hari Isnin pada jam 2.00 petang hingga 3.30 petang.

11. Topic presentation & discussion” pada setiap hari Khamis kepada jam 2.00 petang hingga 3.45 petang.

12. Kuliah dan latihan amali bagi pelajar perubatan dari kolej dari universiti tempatan khususnya  Melaka-Manipal Medical College.

13. Menyelenggara pelajar peringkat sarjana pembedahan & perubatan Keluarga (Supervisory body for Masters Program)

14. Lain-Lain

 

Untuk jadual Klinik Pakar, sila klik disini

 

Hubungi Kami

mail Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Jln Salleh, 84000 Muar

telephone black 06-9564000

homepano faxicon lrg 06-9526003

email-iconAlamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Paparan Terbaik

      firefox logo google chromedengan Resolusi 1024 x 768 pixels

   

     moh 2   1mal 2   1gov2   mjperubatan   myhealth2   mycpd   anm   hrmis 2   mampu   msc 2   1gov2   moh 2   mhtc   jknh   Pusat Darah Negara   makna