Laman Web Rasmi Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar

Font Size

Profile

SETTING

Jabatan Dietetik & Sajian

 

Informasi

Informasi

Jabatan ini mula beroperasi pada tahun 1918 serentak dengan perkhidmatan pesakit dalam di hospital ini. Pada tahun 1976, operasi berpindah ke Blok Sajian  berdekatan Unit Forensik sebelum berpindah ke bangunan sekarang pada 15 September, 2003.


Perkhidmatan Dietetik telah dimulakan pada tahun 1996 dengan kewujudan 1 jawatan Pegawai Dietetik .

Fungsi utama jabatan ini adalah membekalkan sajian makanan kepada pesakit di wad disamping menyediakan perkhidmatan terapi penjagaan dan rundingcara pemakanan (nutrition care consultation & support).

Selain itu, jabatan ini juga menyediakan kupon makanan kepada ‘Dr. On Call’ (aktif)  dan juga catuan bekalan kepada petugas malam mengikut kelayakan.

Diterajui oleh seorang Pegawai Dietetik U52 selaku Ketua jabatan, keanggotaan jabatan ini adalah terdiri daripada jawatan Pegawai Dietetik, Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Penyelia Asrama dan Tukang Masak (tetap dan sambilan) yang kesemuanya berjumlah 39 orang.

Lokasi : bersebelahan Bangunan Farmasi Dalam dan Blok Angsana (blok wad Pembedahan dan Ortopedik)

Misi

Misi

 Menyediakan perkhidmatan dietetik dan sajian yang terbaik berteraskan perkhidmatanberorientasikan pelanggan

  • Mengamalkan budaya kerja penyayang, bekerja berpasukan dan profesionalisma dalamperlaksanaan perkhidmatan
  • Menitikberatkan keberkesanan kos tanpa mengabaikan keperluan pemakanan pelanggan dengan memastikan penggunaan sumber yang optima serta mengamalkan pendekatanyang inovatif
  • Memelihara kebajikan anggota dan mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan selesa
  • Menyediakan peluang latihan dan kemahiran dalam bidang dietetik dan sajian serta pembangunan insan

Visi

Visi

 Mewujudkan sebuah jabatan yang unggul dalam perkhidmatan Dietetik dan Sajian

 

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

Perkhidmatan Dietetik

Kami berjanji :

Menjalankan perkhidmatan dietetik kepada pesakit yang dirujuk oleh Pakar / Pegawai Perubatan berdasarkan keperluan dan kesesuaian mengikut ketetapan seperti di bawah :

  • Pesakit Luar : Setiap Selasa, Rabu dan Khamis pada pukul 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari tidak termasuk cuti umum) di Klinik Diet, HPSF.
  • Pesakit Dalam :

i. Kes kritikal – pesakit dilihat dalam tempoh 24 jam selepas rujukan diterima

ii. Kes Tidak Kritikal - pesakit dilihat dalam tempoh 48 jam selepas rujukan diterima

Perkhidmatan Sajian

Kami berjanji :

1. Menyediakan sajian makanan yang mencukupi untuk diambil oleh pelanggan tepat mengikut waktu seperti berikut :

  • Sarapan Pagi : 7.00 pagi
  • Makan Tengahari :12.00 tengahari
  • Minum petang  : 3.00 petang
  • Makan Malam : 6.00 petang

2.     Membekalkan catuan makan malam (night ration) kepada anggota petugas malam mengikut kelayakan yang telah ditetapkan.

                                 

 

Perkhidmatan

Perkhidmatan

 

Perkhidmatan dietetik :     khidmat nasihat pemakanan dan diet teraputik serta ‘nutrition support’ kepada pesakit dalam dan pesakit luar yang memerlukan

Perkhidmatan sajian  :      penyediaan makanan kepada pesakit dalam wad mengikut jenis dan jumlah yang dipesan oleh pihak wad

 

 

 

 

Hubungi Kami

mail Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Jln Salleh, 84000 Muar

telephone black 06-9564000

homepano faxicon lrg 06-9526003

email-iconAlamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Paparan Terbaik

      firefox logo google chromedengan Resolusi 1024 x 768 pixels

   

     moh 2   1mal 2   1gov2   mjperubatan   myhealth2   mycpd   anm   hrmis 2   mampu   msc 2   1gov2   moh 2   mhtc   jknh   Pusat Darah Negara   makna