Laman Web Rasmi Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar

Font Size

Profile

SETTING

Jabatan Farmasi

 

Informasi

Informasi


Jabatan Farmasi Hospital Pakar Sultanah FatimahMuar berfungsi memberikan khidmat sokongan kepada semua unit dalam hospital. 

Jabatan ini diterajui oleh seorang Ketua Pegawai Farmasi bersama 44 pegawai farmasi dan 33 orang anggota sokongan lain yang terdiri daripada pelbagai kategori iaitu penolong pegawai farmasi, penolong pegawai Tadbir, pembantu tadbir, pembantu perawatan kesihatan dan pekerja rendah awam.
 

Misi

Misi

  1. Menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang terbaik kepada masyarakat dengan menekankan kepada perkhidmatan berorientasikan pelanggan.
  2. Memastikan hak pelanggan dilindungi
  3. Menghormati kemuliaan insan
  4. Mengamalkan budaya kerja yang menekankan komunikasi berkesanperkhidmatan secara profesional yang mesra dan semangat kerja berpasukan.
  5. Menititkberatkan keberkesanan kos tanpa mengabaikan rawatan pelanggan dengan memastikan penggunaan sumber optima serta mengamalkan pendekatan inovatif dalam proses rawatan.
  6. Memelihara kebajikan anggota dan mewujudkan persekitaran  kerja yang selamat dan selesa.
  7. Menyediakan peluang latihan dan kemahiran dalam bidang kerjaya serta pembangunan insan bagi menyediakan Hospital Pakar Sultanah FatimahMuar sebagai organisasi pembelajaran.

Visi

Visi

Mewujudkan sebuah institusi unggul yang menjadi mercu tanda dalam perkhidmatan kesihatan dan dalam membimbing kecemerlangan insan.

Objektif

Objektif

Mempunyai dua objektif utama iaitu


1. Memastikan semua pesakit menerima bekalan ubat dan perkhidmatan secara rasional dari segi kuantiti, kualiti, selamat dan jenis ubat yang sesuai serta komplians bertepatan dengan konsep   penjagaan farmaseutikal serta memenuhi kepuasan pelanggan.

2. Memastikan bekalan ubat-ubatan dan peralatan dapat diperolehi dengan mudah, berkualitidan selamat untuk digunakan dan dibekalkan kepada unit-unit pengguna dalam tempoh masa yang telah ditetapkan di dalam Piagam Pelanggan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

Kami berjanji :

  1. Membekalkan ubat - ubat dalam tempoh berikut :
  • 90 % pesakit menerima bekalan ubat dalam tempoh 30 minit.
  • 10% pesakit menerima bekalan ubat dalam tempoh 30-60 minit. (Penjelasan akan diberikan sekiranya ia tidak dapat dilaksanakan)

2.    Membekalkan ubat-ubat yang berkualiti, kuantiti mencukupi dan selamat.

3.   Memberikan penerangan yang jelas berkenaan ubat yang diambil.

 

Perkhidmatan

Perkhidmatan


Perkhidmatan-perkhidmatan yang tersedia adalah seperti berikut:

  •   Farmasi Klinik Pakar
  •   Kaunseling & Adherence Clinic
  •   Farmasi Bekalan Wad
  •   Farmasi Satelit
  •   Farmasi Wad (Klinikal)
  •   Nutrisi Parenteral
  •   Rekonstitusi Ubat Sitotoksik
  •   Farmakokinetik Klinikal
  •   Pengeluaran Farmaseutikal
  •   Perolehan & Bekalan
  •   Maklumat Ubat
  •   Perkhidmatan 24 jam
  •   Perkhidmatan Klinik Methadone
  •   AADK (*baru)

 Perkhidmatan baru


Sistem porter di Stor Perubatan dan Farmasi Bekalan Wad telah dimulakan sejak bulan April 2009. Sistem ini meliputi perkhidmatan penghantaran barang/ubat-ubatan yang telah dikeluarkan daripada daripada Stor Perubatan atau Farmasi Bekalan Wad ke unit pengguna.

Pesanan yang telah disediakan akan dihantar ke wad yang berkenaan oleh Pekerja Rendah Awam yang bertugas. Namun begitu, bagi Stor Perubatan, perkhidmatan ini tersedia untuk wad-wad perubatan sahaja akibat kekurangan anggota (PRA). Perancangan masa hadapan adalah diharapkan perkhidmatan ini dapat diperluaskan untuk semua pelanggan di stor perubatan.

Rawatan Terapi Gantian Methadone adalah merupakan program rawatan penagih dadah jenis Heroin dan Morfin. Ia merupakan satu langkah yang diambil KKM dalam program ‘Harm Reduction’. Methadone adalah sejenis opiod sintetik yang berindak pada receptor μ sama seperti opiod yang lain. Ia mempunyai kesan sama seperti opiod lain tetapi mempunyai kurang kesan euforia dan kurang kesan ketagihan.

Klinik HIV/AIDS MTAC beroperasi 2 bulan sekali pada hari Khamis dari jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang. Seorang Pegawai Farmasi bertugas di klinik tersebut untuk menjalankan tugas kaunseling termasuk menilai kefahaman dan komplians pesakit.

Objektif perkhidmatan ini adalah untuk membantu Pegawai Perubatan memastikan rawatan terapi HAART (Highly Active Antiretroviral Therapy) yang selamat dan optima, serta memberi pendidikan / kaunseling kepada pesakit berkenaan HAART.

Hubungi Kami

mail Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Jln Salleh, 84000 Muar

telephone black 06-9564000

homepano faxicon lrg 06-9526003

email-iconAlamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Paparan Terbaik

      firefox logo google chromedengan Resolusi 1024 x 768 pixels

   

     moh 2   1mal 2   1gov2   mjperubatan   myhealth2   mycpd   anm   hrmis 2   mampu   msc 2   1gov2   moh 2   mhtc   jknh   Pusat Darah Negara   makna