Jabatan Fisioterapi

Informasi

Pengenalan


Jabatan Fisioterapi menyediakan perkhidmatan perawatan pemulihan rehabilitasi bagi pesakit yang mempunyai masalah fizikal dan pernafasan bagi membolehkan pesakit mencapai tahap kesihatan yang optimum. Jabatan ini mempunyai 9 ahli Fisioterapi yang diketuai oleh Madam Ho Ooi  Keen (U 36), 2 anggota U32 dan 6 anggota U29.

Selain daripadakeanggotaan tersebut, jabatan ini turut diperkuatkan lagi dengan 2 orang pembantu perawatan kesihatan U3. Jabatan ini juga menerima rujukan daripada kawasan Johor Utara seperti Hospital Segamat, Tangkak, Batu Pahat dan klinik kesihatan daerah Muar. Selain itu, jabatan ini juga banyak menerima rujukan dari Hospital swasta seperti Hospital Pantai ,Putera dan Mahkota.

Misi

Misi

Visi

Visi

Mewujudkan perkhidmatan fisioterapi yang berkualiti dan terkini sejajar dengan perkembangan perubatan merangkumi perkhidmatan penyayang dan kerja berpasukan secara profesional untuk kepuasan pelanggan.

Objektif

Objektif

  1. Memberikan perkhidmatan rawatan fisioterapi yang optima, berkualiti dan terkini sejajardengan perkembangan teknologi perubatan bagi membolehkan pesakit menjalanikehidupan mereka dengan lebih aktfi dan produktif serta dapat menyumbangkan kearah kemajuan diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama.
  2. Menyediakan dan mengurus tadbir dengan cekap dan berkesan sebagai sebuah unit fisioterapi serta sentiasa menjaga piawai kerja yang dijayakan.

Piagam Pelanggan

Kami berjanji :

  1. Memberikan perkhidmatan yang selamat, selesa dan berkesan dalam tempoh 60 minit.
  2. Mengendalikan aduan pelanggan dalam masa 24 jam.

 

Perkhidmatan

Perkhidmatan


Perkhidmatan yang disediakan ialah

I. Chest Physiotherapy
          a. Breathing exercise.
          b. Postural Drainage.
          c. Chest percusson / vibration.
          d. suctioning

II. Senaman untuk kekuatan fizikal dan rehabilitasi pesakit Stroke /Ortopedik

III. Elektroterapi

          a. Rawatan haba - hotpack / short wave / Infrared ray

          b. Rawatan sejuk – ice pack / cryotherapy.

          c. Interferential therapy.

          d. TENS

          e. Ultra sound.

          f. Traction (Lumbar & cervical).

          g. Stimulation (IDC)-

 

Rawatan Fisioterapi di Wad-Wad

*Khusus untuk pesakit yang tidak boleh bergerak.