Laman Web Rasmi Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar

Font Size

Profile

SETTING

Jabatan Patologi

 

Informasi

Informasi

Jabatan Patologi Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar adalah sebuah jabatan yang berfungsi memberi perkhidmatan menjalankan ujian-ujian diagnostik makmal yang memberi sokongan kepada diagnosa klinikal dan perawatan pesakit.

Ia juga berperanan dalam menyediakan bekalan serta komponen-komponen darah yang mencukupi dan selamat kepada jabatan-jabatan klinikal bagi keperluan para pesakit.

Jabatan Patologi telah mengalami banyak perubahan dari segi fizikal, fungsi dan perkhidmatan yang disediakan sejak dari awal penubuhannya (1900).

Makmal jabatan ini pada mulanya bertempat berdekatan dengan wad kanak-kanak yang lama dan kemudian telah bertukar ke tingkat atas Bangunan Poliklinik (1978) sebelum bertukar ke bangunan baru pada tahun 1999.


Jabatan ini telah dikategorikan sebagai Secondary Extended Laboratory ( Paras III ). Oleh itu, ia bukan sahaja menyediakan keperluan untuk hospital ini malah  turut menjadi makmal rujukan bagi Zon Johor Utara dan menawarkan kemudahan ujian bagi hospital daerah yang berhampiran seperti Hospital Tangkak, Hospital Segamat dan Hospital Batu Pahat serta klinik-klinik kesihatan daerah dan juga klinik swasta khususnya bagi ujian-ujian Histopatologi, Sitologi, Mikrobiologi dan ujian-ujian lanjutan Kimiahayat.

Jabatan ini juga merupakan salah sebuah Pusat Saringan Kebangsaan bagi ujian Anti-HIV dan Anti-HCV sejak tahun 1986.

Walaubagaimanapun mulai September 2004 semua proses saringan penderma darah telah dihantar ke Pusat Saringan Wilayah Melaka di bawah Program Penyeragaman Ujian Saringan Darah Peringkat Kebangsaan

Misi

Misi

Bersedia untuk memberikan perkhidmatan makmal yang optima, sempurna dan berkesan serta menyeluruh merangkumi aspek diagnostik, perawatan dan pencegahan.

Visi

Visi

Mewujudkan perkhidmatan patologi yang terbaik serta memenuhi aspek perkhidmatan penyayang, kerja berpasukan secara profesional demi untuk kepuasan pelanggan.

Objektif

Objektif

  • Menyediakan perkhidmatan diagnostik makmal dan perundingan di dalam disiplin Patologi Kimia, Hematologi, Mikrobiologi, Patologi Anatomi danTransfusi Perubatan.                                                                  
  • Memberikan perkhidmatan rundingcara kepada Pakar –Pakar dan Pegawai – Pegawai Perubatan di hospital dan juga memberikan maklumbalaskepada Kementerian KesihatanMalaysia dari segi perkembangan perkhidmatan patologi.
  • Memberi perkhidmatan latihan dan pembelajaran yang berterusan kepada anggota,pelatih, penuntut dan lain – lain bagi tujuan perkembangan pengetahuan dankemahiran.
  • Memperolehi darah yang selamat dan mencukupi bagi keperluan pesakit.
  • Memperolehi darah yang selamat untuk perawatan pesakit yang optima denganmematuhi prosedur saringan dan penyimpanan.
  • Memastikan penggunaan darah dan komponen yang betul.
  • Merancang, melaksana dan membantu dalam perkembangan Penyelidikan dan pembangunan dalam bidang patologi serta bidang klinikal lain yang berkaitan.
  • Memberi perkhidmatan rujukan kepada hospital lain.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

 Kami berjanji :

  1. Memberi perkhidmtan kaunter yang bersih dan selesa.
  2. Menyampaikan maklumat yang tepat dan betul kepada pelanggan.
  3. Unit Kaunter Utama
  • Memastikan setiap ujian di siapkan dalam tempoh masa berikut :
Pengambilan contoh darah 60Minit
Fasting Blood sugar 60Minit

Modified Glucose Tolerance Test (Slps contoh darah ke2 diambil)

60Minit
Prothrombin Test 60Minit
Urine Pregnancy Test 60Minit
Full Urine pregnancy test 60Minit
Blood count 60Minit
Urine FEME 60Minit

   

4.  Klinik FNAC : Memastikan prosedur FNAC dijalankan dalam masa 60 minit bagi setiap pesakit.

5. Unit Tabung Darah

     5.1 Memastikan proses pendermaan darah dapat diselesaikan dalam masa 45 minit.

     5.2 Memastikan penderma darah dimaklumkan secara sulit dalam tempoh 14 hari jika keputusan saringan

            "reaktif"  dan diberikan perkhidmatan susulan.

6. Mengendalikan aduan pelanggan dalam tempoh 24 jam.

Perkhidmatan

Perkhidmatan

Perkhidmatan yang disediakan Jabatan Patologi adalah melaksanakan ujian-ujian diagnosa makmal secara tepat dan dipercayai, menyediakan dan membekalkan darah serta komponen darah yang selamat. Perkhidmatan ini boleh dikelaskan kepada seksyen makmal tertentu,iaitu:

          2.1.1       Patologi Kimia (Biochemistry).
          2.1.2       Mikrobiologi (Microbiology)
          2.1.3       Hematologi (Haematology)
          2.1.4       Patologi Anatomi  (Histopathology/cytology)
          2.1.5       Transfusi Perubatan (Blood Banking)

Jabatan Patologi telah mewujudkan  satu unit baru iaitu kaunter berpusat Jabatan Patologi.

Fungsi Kaunter Berpusat adalah menerima spesimen dan menghantarkeputusan ujian semua unit melalui Pigeon Hole.

Kaunter ini juga menerima sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan Jabatan Patologi. Ia mula beroperasi pada 1 September 2009. Jabatanpatologi telah menggunakan sistem “Access Card” di Pintu Utama.

Hubungi Kami

mail Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Jln Salleh, 84000 Muar

telephone black 06-9564000

homepano faxicon lrg 06-9526003

email-iconAlamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Paparan Terbaik

      firefox logo google chromedengan Resolusi 1024 x 768 pixels

   

     moh 2   1mal 2   1gov2   mjperubatan   myhealth2   mycpd   anm   hrmis 2   mampu   msc 2   1gov2   moh 2   mhtc   jknh   Pusat Darah Negara   makna