Unit Pemulihan Carakerja

Informasi

Informasi

Unit Pemulihan Carakerja Hospital Pakar Sultanah Fatimah telah diwujudkan pada tahun 1998. Perkhidmatan awal telah dimulakan sejak tahun 1997 di bawah seliaan Jabatan Psikiatri. Kewujudan unit ini telah memperlengkapkan lagi perkhidmatan sokongan klinikal yang sedia ada.

 

Misi

Misi

Memberikan rawatan pemulihan cara kerja yang berkesan dan komprehensif ke atas kondisi fizikal dan mental dengan matlamat untuk mengembalikan tahap kefungsian pesakit ke tahap optima dalam aktiviti harian, pekerjaan, persekolahan dan kemasyarakatan.

 

Visi

Visi

Mewujudkan perkhidmatan pemulihan cara kerja secara optima merangkumi perkhidmatan penyayang dan kerja berpasukan secara profesional untuk kepuasan pelanggan.

Objektif

Objektif

Memberikan rawatan terapi carakerja dengan menggunakan aktiviti terapeutik terpilih bagi kes-kes kondisi ortopedik, pediatrik, pembedahan, perubatan, psikiatri dan lain-lain dengan matlamat pesakit mencapai tahap kefungsian yang optima dalam aktiviti harian/ penjagaan diri, pekerjaan, persekolahan dan kemasyarakatan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

Kami berjanji :

  1. Memberikan rawatan kepada pelanggan dalam masa seperti yang berikut :

2. Menyediakan ruang rawatan yang bersih dan selamat.

3. Memberikan layanan yang cekap dan mesra.

4. Mengendalikan aduan pelanggan dalam masa 24 jam.

 

Perkhidmatan

Perkhidmatan

Perkhidmatan yang diberi

Bahagian Psikiatri