Laman Web Rasmi Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar

Font Size

Profile

SETTING

Unit Promosi & Pendidikan Kesihatan

 

Informasi

Informasi

Unit Promosi dan Pendidikan Kesihatan merupakan suatu unit yang mengendalikan pengurusan bahan-bahan pendidikan kesihatan seperti poster-poster kesihatan, risalah, buku-buku kecil dan bahan pameran. Bahan-bahan bercetak ini akan diagihkan kepada unit-unit lain dan semasa mengadakan pameran luaran terutama bersempena sambutan hari-hari kesihatan dan Mini Kem Perubatan.

Kebiasaannya unit ini akan bekerjasama dengan unit-unit dan jabatan-jabatan yang lain seperti Unit Kejururawatan, Perubatan dan sebagainya bagi program-program promosi kesihatan dalaman atau luaran. Selain daripada itu, unit ini mengkoordinasi kelas pendidikan pesakit untuk memberikan maklumat yang tepat dan pendidikan berterusan kepada pesakit bagi mengawal penyakit seperti diabetes, darah tinggi dan asma.

Misi

Misi

Untuk mempromosikan kesihatan rakyat Malaysia melalui :

  • Penyebaran maklumat yang tepat, wajar dan sesuai dengan cara yang inovatif, saksamadan tepat pada waktu.
  • Dorongan (empowerment) ke atas individu dan komuniti supaya mereka dapatbertindak terhadap faktor-faktor yangmempengaruhi kesihatan mereka.
  • Kolaborasi antara sektor dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitandengan sektor swasta.

Visi

Visi

Untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam bidang promosi kesihatan bagimembolehkan rakyat Malaysia  mengamalkan cara hidup sihat dan seterusnya menikmatikesihatan yang optima.

Objektif

Objektif

Untuk memastikan keberkesanan perkhidmatan perawatan pesakit di  Hospital Pakar SultanahFatimah, Muar khususnya dapat dilaksanakan bukan sahaja melalui kemudahan dan kepakaranperubatan, bahkan melalui edaran bahan-bahan pendidikan dan promosi kesihatan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

Kami berjanji :

  1. Memberi maklum balas kepada keperluan Pendidikan Kesihatan yang dimohon dalam tempoh 24 jam,
  2. Menyediakan bahan dan maklumat berkenaan dengan kesihatan yang diperlukan oleh wad-wad dan unit- unit dengan lengkap serta bergantung kepada simpanan.
  3. Membantu dalam perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kesihatan dalam hospital.

Perkhidmatan

Perkhidmatan

  •  Perancangan, pembangunan, perlaksanaan dan penilaian program pendidikan kesihatan dan promosi kesihatan.
  •  Pengurusan kempen-kempen seperti Kempen Cara Hidup Sihat, Sambutan Hari-Hari Khas Kesihatan dan program program lain.
  •  Penerbitan, pinjaman dan pengedaran bahan-bahan pendidikan kesihatan.
  •  Pembentukan program latihan dalam bidang pendidikan dan promosi kesihatan.
  •  Penyelidikan dalam bidang promosi kesihatan, khidmat runding dalam promosi kesihatan

Hubungi Kami

mail Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Jln Salleh, 84000 Muar

telephone black 06-9564000

homepano faxicon lrg 06-9526003

email-iconAlamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Paparan Terbaik

      firefox logo google chromedengan Resolusi 1024 x 768 pixels

   

     moh 2   1mal 2   1gov2   mjperubatan   myhealth2   mycpd   anm   hrmis 2   mampu   msc 2   1gov2   moh 2   mhtc   jknh   Pusat Darah Negara   makna