Unit Promosi & Pendidikan Kesihatan

 

Informasi

Informasi

Unit Promosi dan Pendidikan Kesihatan merupakan suatu unit yang mengendalikan pengurusan bahan-bahan pendidikan kesihatan seperti poster-poster kesihatan, risalah, buku-buku kecil dan bahan pameran. Bahan-bahan bercetak ini akan diagihkan kepada unit-unit lain dan semasa mengadakan pameran luaran terutama bersempena sambutan hari-hari kesihatan dan Mini Kem Perubatan.

Kebiasaannya unit ini akan bekerjasama dengan unit-unit dan jabatan-jabatan yang lain seperti Unit Kejururawatan, Perubatan dan sebagainya bagi program-program promosi kesihatan dalaman atau luaran. Selain daripada itu, unit ini mengkoordinasi kelas pendidikan pesakit untuk memberikan maklumat yang tepat dan pendidikan berterusan kepada pesakit bagi mengawal penyakit seperti diabetes, darah tinggi dan asma.

Misi

Misi

Untuk mempromosikan kesihatan rakyat Malaysia melalui :

Visi

Visi

Untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam bidang promosi kesihatan bagimembolehkan rakyat Malaysia  mengamalkan cara hidup sihat dan seterusnya menikmatikesihatan yang optima.

Objektif

Objektif

Untuk memastikan keberkesanan perkhidmatan perawatan pesakit di  Hospital Pakar SultanahFatimah, Muar khususnya dapat dilaksanakan bukan sahaja melalui kemudahan dan kepakaranperubatan, bahkan melalui edaran bahan-bahan pendidikan dan promosi kesihatan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

Kami berjanji :

  1. Memberi maklum balas kepada keperluan Pendidikan Kesihatan yang dimohon dalam tempoh 24 jam,
  2. Menyediakan bahan dan maklumat berkenaan dengan kesihatan yang diperlukan oleh wad-wad dan unit- unit dengan lengkap serta bergantung kepada simpanan.
  3. Membantu dalam perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kesihatan dalam hospital.

Perkhidmatan

Perkhidmatan