Laman Rasmi Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar

Saiz Font

Profil/Themes

TETAPAN

Jabatan Kerja Sosial

Informasi

Informasi

Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan adalah merupakan salah satu perkhidmatan sokongan di hospital kerajaan yang bertujuan untuk membantu pesakit yang menghadapi masalah dari segi sosio perubatan. Perkhidmatan ini telahdiperkenalkan di Malaysia sejak tahun 1952.

Di peringkat awal, perkhidmatan yang diberikan lebih kepada bantuan kewangan kepada pesakit yang memerlukannya. Dari masa ke semasa sumbangan perkhidmatan ini menjadi bertambah penting dan semakin mencabar dalam arus permodenan selari dengan pertambahan masalah-masalah sosial yang dibawa bersama oleh pembangunan dalam menuju ke arah sebuah negara maju.

Peranan utama jabatan ini adalah untuk memberikan perkhidmatan bagi menyelaras dan mengurus masalah psiko-sosial dan sosioekonomi pesakit serta sebagai pusat perhubungan atau rujukan bagi
pesakit,keluarga atau relatif.

Misi

Misi

Membantu pesakit terutamanya dalam aspek psiko-sosial dan sosio-ekonomi agar mereka dapatkembali menjadi anggota masyarakat dan berada dalam kefungsian sosial serta boleh berdikari bersesuaian dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakit serta masalah psiko-sosial yang dihadapinya.

 

Visi

Visi

Mewujudkan satu perkhidmatan sosial perubatan yang berkualiti dan efektif kepada semua pelanggan.

 

Objektif

Objektif

  • Untuk melaksanakan program khidmat sosial komprehensif dan bersepadu.
  • Untuk mengendalikan dan menyelaras masalah sosial.
  • Untuk memberi bantuan dan khidmat sosial melalui sokongan terapi, bantuan praktikdan bantuan am.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

Kami berjanji :

  1. Mengendalikan kes-kes yang melibatakan perundangan dan kes polis dalam masa 24 jam (hari bekerja). Sekiranya pegawai bercuti, tindakan akan diambil oleh Pegawai Pelindung dai Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  2. Mengambil tindakan terhadap jes yang dirujuk dalam masa 3 hari bekerja.
  3. Mengambil tindakan terhadap kes rujukan dari agensi luar dalam masa 5 hari bekerja.
  4. Merahsiakan maklumat pesakit.
  5. Mengendalikan aduan pelanggan dalam masa 24 jam.

 

Perkhidmatan

Perkhidmatan

1.  Bantuan Pratikal & Kewangan

  •                Penilaian Sosio-ekonomi
  •                Pendidikan Khas / Latihan /Pendaftaran Kes KurangUpaya
  •                Perancangan Keluar Wad / Mengesan Waris
  •                Lawatan Rumah / Home Visit
  •                Penempatan Institusi
  •                Penjagaan Anak Pelihara / Anak Angkat
  •                Tambang
  •                Alat Tiruan / Peralatan Perubatan
  •                Lain-lain


2. Sokongan Psiko-Sosial

  •                 Penjagaan Pesakit Kronik / Paliatif
  •                 Cubaan Bunuh Diri
  •                 Perbalahan / Keganasan Rumah Tangga
  •                 Ibu Tanpa Nikah
  •                 Mangsa Perkosaan
  •                 Penganiayaan Kanak-kanak
  •                 Masalah Tingkahlaku
  •                 Kes kUrang Upaya / Cacat
  •                 HIV Positif / AIDS
  •                 Pendatang Tanpa Izin(PATI)
  •                 Perlindungan Wanita / Gadis
  •                 Lain-lain

 

Perkhidmatan Khas

Jabatan Kerja Sosial Perubatan juga terlibat sebagai koordinator atau rujukan bagi :-

  • i. Terapi Sokongan Sosial
  • ii. Bantuan Praktikal atau Kewangan

Hubungi Kami

mail Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Jln Salleh, 84000 Muar

telephone black 06-9521901

homepano faxicon lrg 06-9526003

email-iconAlamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Paparan Terbaik

      firefox logo ie opera safari google chrome

   dengan Resolusi 1024 x 768 pixels

   

     moh 2   1mal 2   1gov2   mjperubatan   myhealth2   mycpd   anm   hrmis 2   mampu   msc 2   1gov2   moh 2   mhtc   jknh   Pusat Darah Negara   makna