Jabatan Kerja Sosial

Informasi

Informasi

Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan adalah merupakan salah satu perkhidmatan sokongan di hospital kerajaan yang bertujuan untuk membantu pesakit yang menghadapi masalah dari segi sosio perubatan. Perkhidmatan ini telahdiperkenalkan di Malaysia sejak tahun 1952.

Di peringkat awal, perkhidmatan yang diberikan lebih kepada bantuan kewangan kepada pesakit yang memerlukannya. Dari masa ke semasa sumbangan perkhidmatan ini menjadi bertambah penting dan semakin mencabar dalam arus permodenan selari dengan pertambahan masalah-masalah sosial yang dibawa bersama oleh pembangunan dalam menuju ke arah sebuah negara maju.

Peranan utama jabatan ini adalah untuk memberikan perkhidmatan bagi menyelaras dan mengurus masalah psiko-sosial dan sosioekonomi pesakit serta sebagai pusat perhubungan atau rujukan bagi
pesakit,keluarga atau relatif.

Misi

Misi

Membantu pesakit terutamanya dalam aspek psiko-sosial dan sosio-ekonomi agar mereka dapatkembali menjadi anggota masyarakat dan berada dalam kefungsian sosial serta boleh berdikari bersesuaian dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakit serta masalah psiko-sosial yang dihadapinya.

 

Visi

Visi

Mewujudkan satu perkhidmatan sosial perubatan yang berkualiti dan efektif kepada semua pelanggan.

 

Objektif

Objektif

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

Kami berjanji :

  1. Mengendalikan kes-kes yang melibatakan perundangan dan kes polis dalam masa 24 jam (hari bekerja). Sekiranya pegawai bercuti, tindakan akan diambil oleh Pegawai Pelindung dai Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  2. Mengambil tindakan terhadap jes yang dirujuk dalam masa 3 hari bekerja.
  3. Mengambil tindakan terhadap kes rujukan dari agensi luar dalam masa 5 hari bekerja.
  4. Merahsiakan maklumat pesakit.
  5. Mengendalikan aduan pelanggan dalam masa 24 jam.

 

Perkhidmatan

Perkhidmatan

1.  Bantuan Pratikal & Kewangan


2. Sokongan Psiko-Sosial

 

Perkhidmatan Khas

Jabatan Kerja Sosial Perubatan juga terlibat sebagai koordinator atau rujukan bagi :-