Unit Hasil

Informasi

Informasi

Adalah satu unit dibawah bahagian  Pengurusan, berperanan mengurus kutipan hasil kerajaan dari pelbagai sumber seperti kutipan pesakit dalam, pesakit luar, bayaran sewa bangunan, tanah, bayaran laporan perubatan dan pebagai bayaran yang dibenarkan.

Bilik Daftar Masuk diletakan dibawah pentadbiran unit hasil dimana  fungsinya mendaftar pesakit dalam dan membuat kutipan hasil selepas waktu pejabat dan  cuti umum serta kutipan deposit.

Lokasi Unit :

Unit Hasil terletak di tingkat bawah bangunan utama, bersebelahan dengan kaunter Hasil.

Waktu Perkhidmatan

 

Waktu pejabat : 8.00 pagi - 4.30 petang.

Selepas waktu pejabat segala urusan dirujuk ke BDM (Bilik Daftar Masuk).

Misi

Misi

Melaksanakan kutipan hasil secara profesional dengan berpandukan garis panduan yang ditetapkan.

 

Visi

Visi

Meningkatkan kutipan hasil KKM

Objektif

Objektif

Bagi meningkatkan kutipan, mengurangkan tunggakan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

 

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

Kami berjanji :

  1. Bil-bil Am 115 - Pin 11/80 dapat disampaikan kepada  pesakit di wad dalam  masa 3 minit (dari masa penerimaan rekod pesakit  daripada anggota di wad).
  2. Kew.38 - Pin 2/86 dapat diserahkan kepada pesakit / pembayar  dalam masa 1 minit (dari masa penerimaan Am. 115 - Pin 11/80 daripada pembayar).
  3. Bayaran balik baki wang deposit secara tunai dapat  diserahkan kepada  pendeposit dalam masa 5  minit ( sekiranya wang  panjar mencukupi) dan segala dokumen asal lengkap.
  4. Pesakit-pesakit wad kelas 3 yang tidak mampu membayar jumlah bil yang tinggi, di beri kelulusan pengecualian penuh / sebahagian setelah ditemuduga oleh pegawai dan mengemukakan surat sokongan Penghulu/Ketua Kampung dalam masa 10 minit.
  5. Mengendalikan aduan pelanggan dalam masa 24 jam

 

Perkhidmatan

Perkhidmatan

1. Menerima segala kutipan caj-caj rawatan wad dan klinik pakar.

2. Memulangkan baki wang deposit caj rawatan dan deposit.

3. Menyediakan perkhidmatan pembayaran melalui kredit dan debit kad.

4. Menyediakan perkhidmatan surat jaminan secara elektronik (e-GL) bagi kakitangan kerajaan