Laman Web Rasmi Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar

Font Size

Profile

SETTING

Unit Kejururawatan

 

Informasi

Informasi

Bahagian Kejururawatan Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar adalah sebuah bahagian yang besar dan bertanggungjawab untuk memastikan Jururawat dibawah jagaannya memberi perawatan yang berkualiti kepada pelanggan

Misi

Misi

  • Memberi perawatan berkualiti dan berusahasama dengan ahli-ahli professional kesihatanuntuk mewujudkan kesinambungan perkhidmatan untuk mencapai tahap kesihatan optima
  • Bekerjasama dengan pelanggan bagi memperolehi status kesihatan yang berkualiti
  • Mempromosi kesihatan, terlibat dalam rawatan pencegahan, kuratif dan rehabilitatif kepada individu, keluarga dan komuniti.
  • Mengekalkan profesionalisma dengan mempertingkatkan tahap kompetensi selaras perkembangan teknologi terkini.

Visi

Visi

Mewujudkan perkhidmatan kejururawatan secara optima merangkumi perkhidmatan penyayang, kerja berpasukan secara profesional untuk kepuasan pelanggan.

Objektif

Objektif

  • Menyediakan perkhidmatan pengesahan, perawatan dan pemulihan kepadapelanggan pelanggan yang memerlukannya, untuk menyelamatkan nyawa, dan komplikasi kesihatan bagi mencapai pemulihan yang awal dan maksima.
  • Memperbaiki dan meninggikan taraf kesihatan rakyat dan memberikan perkhidmatan perawatan, penggalakkan dan pencegahan dan pemulihan yang berkesan.
  • Menerapkan budaya kerja cemerlang, suasana dan persekitaran yang bersesuaian demi mencapai objektif perkhidmatan berkualiti.
  • Menyediakan latihan yang mencukupi, dan bermutu tinggi bagi memenuhi keperluan dan tenaga professional semasa dan akan datang bagi program rawatan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

Perawatan dan penjagaan pesakit hanya dijalankan oleh jururawat yang berdaftar dan mempunyai Sijil Perakuan Pengamalan Tahunan terkini.


1.       Memberi orientasi kepada anggota baru dalam masa 2 minggu selepas melapor diri sepanjang masa.
2.       Menjaga kerahsiaan anggota dan pelanggan kecuali kepada pihak tertentu sepanjang masa.
3.       Melaksanakan aktiviti latihan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan perkembangan kerjaya.

Perkhidmatan

Perkhidmatan

  • Memberi perkhidmatan secara holistik yang bermutu tinggi dengan mengamalkan Etika Kod Profesion & Amal di pelbagai bidang, pembedahan, ortopedik, pediatrik, kebidanan termasuk bidang kepakaran kritikal ICU,CDS dan Dewan Bedah.
  • Memberi perawatan dan layanan yang berkualliti, selamat serta berkesan kepada semua pelanggan dalaman dan luaran.
  • Mempromosikan perkhidmatan kesihatan, terlibat dalam rawatan pencegahan, kreatif dan komuniti.
  • Mengeratkan lagi hubungan baik di antara personal Hospital Pakar Sultanah Fatimah dan orang awam merupakan satu agenda yang amat dialu-alukan

Hubungi Kami

mail Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Jln Salleh, 84000 Muar

telephone black 06-9564000

homepano faxicon lrg 06-9526003

email-iconAlamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Paparan Terbaik

      firefox logo google chromedengan Resolusi 1024 x 768 pixels

   

     moh 2   1mal 2   1gov2   mjperubatan   myhealth2   mycpd   anm   hrmis 2   mampu   msc 2   1gov2   moh 2   mhtc   jknh   Pusat Darah Negara   makna