Laman Web Rasmi Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar

Font Size

Profile

SETTING

Unit Kesihatan Awam

 

Informasi

Pengenalan

Unit Kesihatan Persekitaran di hospital ini telah diwujudkan pada tahun 2004. Unit ini diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U32 dan dibantu oleh  2 orang Pembantu Kesihatan Awam U17.

 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti kawalan aedes, pemantauan kebersihan kawasan, pemantauan kebersihan premis-premis makanan, pengambilan sampel makanan dan minuman (informal bacteriological analysis), siasatan aduan dan aktiviti penguatkuasaan Akta Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Perkhidmatan

Perkhidmatan

Aktiviti Kawalan Aedes

Objektif :


Untuk mengawal/menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes yang merupakan agen pembawa penyakit demam denggi, demam denggi berdarah dan yang terbaru penyakit chikungunya.

 

Aktiviti Pemantuan Kebersihan Kawasan

Objektif:

Untuk memastikan kerja-kerja kebersihan kawasan dilaksanakan dengan memuaskan oleh pihak konsesi. Aktiviti ini dijalankan serentak dengan aktiviti kawalan aedes di seluruh kawasan hospital.

Aduan akan dibuat kepada mereka yang bertanggung jawab sekiranya didapati kerja-kerja yang dijalankan tidak memuaskan atau sekiranya berlaku kerosakan/masalah di kawasan hospital.

 

Aktiviti Kawalan Mutu dan Keselamatan Makanan

Objektif:       

Untuk memastikan semua premis makanan terutamanya yang beroperasi dalam kawasan hospital sentiasa dijaga bersih dan makanan yang disediakan adalah selamat untuk pengguna.

 Pemeriksaan Premis Makanan

Terdapat 4 premis makanan di dalam kawasan hospital yang sentiasa dipantau kebersihannya

iaitu Dapur Unit Sajian, Dapur Kolej Kejururawatan, Kafeteria Hospital dan Hospimart Harmoni. Pemeriksaan kebersihan dijalankan dibawah Program Kendiri dimana pemeriksaan harian dan mingguan dijalankan oleh tuan punya premis manakala pemeriksaan bulanan dijalankan oleh Jawatankuasa Makanan Hospital.

Unit Kesihatan Awam ini juga menjalankan pemeriksaan premis-premis makanan tersebut mengikut jadual. Hasil pemeriksaan mendapati kesemua premis tersebut dalam keadaan bersih dan memuaskan.

Pengambilan Sampel Makanan

Pengambilan sampel makanan dan minuman untuk analisa mikrobiologi dijalankan pada setiap bulan. Bagi tahun 2009 sebanyak 50 sampel makanan telah diambil dan dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Johor Bahru untuk analisa dan didapati kesemuanya mematuhi kehendak Akta dan Peraturan-Peraturan Makanan 1983.

Pemantauan Mutu Bekalan Air.

Pemantauan mutu bekalan air di hospital ini dijalankan oleh pihak Pantai Medivest Sdn.Bhd, Pejabat Kesihatan Daerah Muar dan Unit Kesihatan Awam HPSF sendiri. Pantai Medivest Sdn.Bhd. menjalankan persampelan di tangki primary dan tangki secondary 2 kali  setahun mengikut perjanjian konsesi.

Di bawah Program Pengawasan Mutu Air Minum Kebangsaan, Pejabat Kesihatan Daerah Muar juga mengambil sampel air dari Stesyen Hospital Muar pada setiap bulan. Manakala Unit Kesihatan Awam pula mengambil sampel air dari premis-premis makanan semasa aktiviti persampelan makanan dan dihantar ke Makmal Kesihatan Awam.

Pada keseluruhannya didapati mutu bekalan air bagi Hospital adalah memuaskan.

 

Aktiviti Kawalan Penguatkuasaan Akta Kawalan Hasil Tembakau 2004

Dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Muar, aktiviti ini dijalankan sepanjang masa termasuk pada waktu malam dan hari kelepasan am. Bagi tahun 2009 sebanyak 73 notis bagi kesalahan merokok dalam kawasan hospital telah dikeluarkan dan mereka telah dikenakan tindakan kompaun RM250.00 seorang.

Hubungi Kami

mail Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Jln Salleh, 84000 Muar

telephone black 06-9564000

homepano faxicon lrg 06-9526003

email-iconAlamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Paparan Terbaik

      firefox logo google chromedengan Resolusi 1024 x 768 pixels

   

     moh 2   1mal 2   1gov2   mjperubatan   myhealth2   mycpd   anm   hrmis 2   mampu   msc 2   1gov2   moh 2   mhtc   jknh   Pusat Darah Negara   makna