Laman Rasmi Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar

Font Size

Profile

SETTING

Jabatan Pengurusan

 

Informasi

Unit Pentadbiran

Unit ini adalah bertanggungjawab ke atas urusan Pentadbiran hospital serta memantau dan menyelaras hal-hal pengurusan  jabatan-jabatan dan unit-unit dibawah pentadbiran hospital.

Tanggungjawab lain termasuk menjadi urusetia kepada beberapa Jawatankuasa Pengurusan Jabatan dan Keselamatan Pejabat. Antara jawatankuasa yang mana unit ini menjadi  urusetia adalah Mesyuarat  Pengurusan, Mesyuarat Pagi dan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan.

Unit Sumber Manusia

Unit ini bertanggungjawab menguruskan perkhidmatan anggota meliputi pengwujudan dan pengisian jawatan, perlantikan baru, pengesahan lantikan, pengesahan dalam jawatan, urusan pencen, pertukaran, kenaikan pangkat, kursus dan latihan, penilaian tahap kecekapan serta lain-lain urusan berkaitan yang diarahkan dari masa ke semasa.

Unit Kewangan

Unit Kewanganmerupakan salah satu unit dibawah bahagian Pengurusan Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar yang bertanggungjawab melaksanakan pengurusan kewangan jabatan dengan cekap dan berhemah.

Antara fungsi utama unit ini adalah menguruskan bajet tahunan, melaksanakan perolehan kerajaan, pembayaran gaji dan elaun anggota dan  pembayaran kepada pembekal. 

Disamping itu unit ini juga bertanggungjawab menyediakan laporan-laporan kewangan dan mengadakan mesyuarat jawatan kuasa kewangan dan akaun peringkat jabatan.

Semua aktiviti kewangan dilaksanakan selaras dengan peraturan, tatacara dan prosedur kewangan yang dikeluarkan oleh agensi pusat. Antaranya adalah:-

  • Arahan Perbendaharaan (AP).
  • Pekeliling Perbendaharaan.
  • Surat Arahan Perbendaharaan.
  • Surat Pekeliling Perbendaharaan.
  • Pekeliling Perkhidmatan.
  • Surat Pekeliling Perkhidmatan.

Proses perolehan dan bayaran yang dilakukan oleh Unit Kewangan dikawal selia oleh Kementerian Kewangan melalui agensinya, Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Negeri Johor.

Sistem Perakaunan Elektronik

Sistem perakaunan eSPKB (Sistem Perancangan dan Kawalan Perbelanjaan) digunapakai sepenuhnya sejak tahun 2005 bagi memastikan perbelanjaan dapat dipantau dari masa ke masadan perancangan perbelanjaan akan datang dapat dibuat agar tidak melebihi peruntukan yang diberi.

Unit Hasil

Adalah satu unit dibawah bahagian Pengurusan,berperanan mengurus kutipan hasil kerajaandari pelbagai sumber seperti kutipan pesakit dalam, pesakit luar, bayaran sewa bangunan,tanah, bayaran laporan perubatan dan pebagai bayaran yang dibenarkan.

Bilik Daftar Masuk diletakan dibawah pentadbiran unit hasil dimana  fungsinya mendaftar pesakit dalam dan membuat kutipan hasil selepas waktu pejabat dan cuti umum serta kutipan deposit.

Tugasan  lain yang diberi tangungjawab kepada Bilik Daftar Masuk ini termasuklah penyimpanan kunci-kunci jabatan bagi memudahkan urusan disebabkan Bilik Daftar Masuk ini beroperasi 24 jam.

Objektif

Objektif

Objektif Bahagian pengurusan adalah bagi memastikan semua dasar dan program KementerianKesihatan Malaysia serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor berkaitan dengan urusan pentadbiran, pengurusan sumber manusia,  pengurusan kewangan dan latihan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

Strategi Bahagian

Strategi yang digunapakai oleh bahagian pengurusan bagi mencapai objektif jabatan adalah:

  • Memastikan jentera pentadbiran sentiasa berfungsi dengan cekap dan efektif.
  • Mendorong semua anggota bekerja sebagai satu pasukan.
  • Memastikan sumber kewangan sentiasa digunakan dengan efisyen dan efektif.
  • Memastikan semua kakitangan sentiasa mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran  kerja mereka.

Piagam Pelanggan

Kami berjanji :

1. Memastikan surat/pekeliling diedar dalam tempoh :

  • 24 jam untuk unit pentadbiran dan surat-surat untuk tindakan segera
  • 2 hari bekerja untuk lain-lain unit

       2.   Memastikan semua permohonan pendaftaran fail baru dilaksanakan pada hari yang sama.

Perkhidmatan

  • Memproses dan memperakukan ke pihak yang berkenaan, semua urusabn berkaitanperkhidmatan anggota (pengesahan perlantikan, pengesahan dalam jawatan, perakuanke dalam jawatan berpencen, pergerakan gaji, pinjaman perumahan, cuti-cuti dalamperkhidmatan, pertukaran dan pengisytiharan harta ) dalam masa 7 hari selepas semua dokumen lengkap diterima atau sebelum tempoh yang ditetapkan bagi sesuatu urusan itu berakhir.
  • Memproses dan menghantar permohonan kenaikan pangkat bagi yang layak, posbasik, latihan dalam perkhidmatan selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh tutup iklan.
  • Memastikan dokumen lengkap bagi urusan persaraan diterima dan dihantar ke pihak yang berkenaan dalam masa 2 tahun sebelum anggota bersara (dokumen peringkat pertama) dan tidak kurang daripada 3 bulan sebelum bersara  (dokumen peringkatkedua).

Kewangan

  • Semua tuntuan perjalanan EKLWBB/ELM akan diproses dalam  tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan  borang-borang tuntutan lengkap sekiranya tiada gangguan sistem.
  • Gaji anggota lantikan baru akan diproses dalam tempoh 7 hari setelah dokumen lengkap diterima
  • Walau bagaimanapun, arahan Jabatan  Akauntan Negara  Cawangan Johor perlu dipatuhi
  • Mengendalikan aduan pelanggan dalam masa 24 jam

Carta Organisasi

 

 

Hubungi Kami

mail Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Jln Salleh, 84000 Muar

telephone black 06-9521901

homepano faxicon lrg 06-9526003

email-iconAlamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Paparan Terbaik

      firefox logo google chrome

   dengan Resolusi 1024 x 768 pixels

   

     moh 2   1mal 2   1gov2   mjperubatan   myhealth2   mycpd   anm   hrmis 2   mampu   msc 2   1gov2   moh 2   mhtc   jknh   Pusat Darah Negara   makna