Laman Web Rasmi Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar

Font Size

Profile

SETTING

Unit Penyeliaan & Pengangkutan

 

Informasi

Informasi


Unit Penyeliaan dan Pengangkutan Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar adalah unit yang bertanggungjawab bagi memantau dan mengurus beberapa penjawatan serta menyelia kenderaan-kenderaan termasuk ambulan dan kenderaan pejabat.

Unit ini terdiri daripada Penolong Pegawai Perubatan, Pembantu Keselamatan, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pemandu.

 

Misi

Misi

 Mengamalkan budaya kerja yang berteraskan budaya korporat.

  • Memilihara kebajikan anggota dan mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan selesa.
  • Menyediakan peluang latihan dan kemahiran dalam bidang kerjaya bagi menjadikan perkhidmatan pengangkutan yang cekap dan berkemahiran.

Visi

Visi

Mewujudkan perkhidmatan Penyeliaan dan Pengangkutan dan optima dengan menekankan kerja berpasukan penyayang dan mesra.

 

Objektif

Objektif

 Penyeliaan Hospital

  • Memastikan anggota – anggota dibawah tanggungjawab melaksanakan tugas mengikut etika kerja serta penuh tanggungjawab
  • Memastikan serta mengwujudkan kawasan hospital sentiasa dalam  keadaan selamat dan selesa kepada anggota, orang awam serta bangunan dan harta benda dari sebarang ancaman.

 Pengangkutan

  • Memastikan setiap permohonan kenderaan dapat disediakan dalam masa yang diperlukan mengikut  keutamaan.
  • Memastikan setiap kenderaan siap sedia dan selamat untuk digunakan pada bila – bila masa

 

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

Kami berjanji :

  1. Memberi perkhidmatan penyeliaan yang mesra, cekap dan selamat.
  2. Menyediakan maklumat yang tepat dan profesional
  3. Menyediakan khidmat pengangkutan dalam tempoh
  • Keperluan segera - 4 jam
  • Keperluan berjadual - 48 jam

Perkhidmatan

Perkhidmatan

 Menguruskan ambulan untuk panggilan kes kecemasan Jabatan Kecemasan dan Trauma. Panggilan ambulan untuk kes –kes kecemasan bukan sahaja sekitar Daerah Muar tetapi meliputi Klinik –Klinik Kesihatan dalam Pentadbiran Pejabat Kesihatan Muar.

  • Mengurus Perkhidmatan ambulan untuk kes rujukan lanjut ke Hospital lain seperti Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, Hospital Kuala Lumpur, Institiut Jantung Negara Kuala Lumpur, Hospital Selayang, HospitalSerdang, Hospital Universiti Kebangsaan Bangi, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Putrajaya, Hospital Sungai Buloh, Hospital Melaka dan lain – lain.
  • Menguruskan kenderaan jabatan untuk urusan rasmi seperti menghantar anggota berkursus di luar daerah, Pegawai pergi mesyuarat, penghantaran surat-surat spesimen, pengambilan ubat-ubatan,reagent, penghantaran jenazah dan unit bergerak tabung darah sekitar daerah Muar dan di luar Daerah Muar.

Hubungi Kami

mail Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Jln Salleh, 84000 Muar

telephone black 06-9564000

homepano faxicon lrg 06-9526003

email-iconAlamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Paparan Terbaik

      firefox logo google chromedengan Resolusi 1024 x 768 pixels

   

     moh 2   1mal 2   1gov2   mjperubatan   myhealth2   mycpd   anm   hrmis 2   mampu   msc 2   1gov2   moh 2   mhtc   jknh   Pusat Darah Negara   makna

Utama Organisasi Sokongan Penyeliaan & Pengangkutan