Hospital Rakan Suami
- Perincian
- Kategori: Promosi Kesihatan
- Dicipta pada 07 Mac 2012
- Telah Dikemaskini pada 18 April 2016
- Ditulis oleh Super User
- Hit: 27237
Informasi
Pengenalan
Hospital Rakan Suami Hospital Pakar Sultanah Fatimah telah dilaksanakan bermula pada 7 Jun 2002. Setiap pasangan yang ingin mengikuti program Teman Di Kamar Bersalin akan di pilih melalui Klinik Ante Natal pada hari Ahad dan Khamis.
Pasangan yang telah dipilih akan diberi ceramah ringkas di Bilik Seminar Wad 14 tingkat 3 Bangunan Cengal pada jam 10.00 pagi. Anda boleh menghubungi Klinik O&G HPSF untuk mendapatkan maklumat lanjut & menempah untuk slot Kelas Rakan Suami.
Objektif
Objektif
- Untuk memberi sokongan moral kepada isteri yang bersalin.
- Untuk meningkatkan imej dan mutu perkhidmatan di Bilik Bersalin.
- Untuk meningkatkan kepuasan pelanggan selaras dengan budaya korporat Kementerian Kesihatan.
Aktiviti
Aktiiviti
Ceramah 2 kali seminggu iaitu pada setiap hari Ahad dan Khamis telah diadakan untuk setiap pasangan yang ingin mengikuti program Teman Kamar Bersalin.
Bagi suami yang akan menemani isteri di Dewan Bersalin, pas pengenalan diri perlu diserahkan kepada jururawat yang bertugas apabila suami hendak keluar dari Dewan Bersalin atau telah selesai proses kelahiran.
Anggota dari Klinik Kesihatan diminta untuk memberi kerjasama untuk memaklumkan kepada pasangan-pasangan yang ingin mengikuti program ini di hospital supaya mereka maklum bahawa Hospital Pakar Sultanah Fatimah adalah Hospital Rakan Suami.
Untuk makluman, kelas Rakan Suami di HPSF hanya akan sah di Hospital Pakar Sultanah Fatimah sahaja.