Jabatan Perubatan
- Perincian
- Kategori: Klinikal
- Dicipta pada 06 Mac 2012
- Telah Dikemaskini pada 01 Mac 2015
- Ditulis oleh Super User
- Hit: 26907
Informasi
Pengenalan
Jabatan ini telah sedia ada bermula sejak penubuhan Hospital Muar dengan terbinanya bangunan poliklinik yang menempatkan pelbagai klinik pakar. Klinik pakar perubatan semakin berkembang
dengan penambahan jumlah pesakit, pakar perubatan, pegawai perubatan dan kakitangan lain. Unit lain dibawah Jabatan Perubatan adalah Unit Hemodialisis dan Klinik Dada. Unit ini dinomborkan dengan Kaunter no.11.
Unit Hemodialisis
Mula beroperasi pada 23/12/1994. Ia bernaung di bawah pengurusan Jabatan Perubatan dan diketuai Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Perunding Nefrologi. Perkhidmatan yang
dijalankan adalah:-
- Rawatan hemodialisis regular dan akut.
- Rawatan susulan CAPD dan pemindahan buah pinggang.
- Kes-kes yang dirujuk dari klinik, wad dan hospital-hospital lain.
Klinik Dada
Klinik dada diwujudkan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar pada awal tahun 1969. Klinik dada pada masa itu terletak di Unit Haemodialisis sekarang. Pada tahun 1999 klinik ini telah berpindah ke
Bangunan Semarak, dahulunya Makmal Klinikal dan ia terletak bersebelahan dengan Jabatan Farmasi Luar, Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.
Kini, klinik dada ditempatkan di bangunan yang sama dengan Perpustakaan HPSF.
Pada masa ini semua pesakit Tibi yang dimasukan ke wad masih ditempatkan bersama-sama pesakit lain di wad berkaitan, tetapi kebiasanya diletakan di kubikal belakang atau “isolation cubical”.
Klinik ini memberi perkhidmatan kepada pesakit baru, susulan dan rujukan dari Klinik-Klinik Kesihatan Daerah Muar dan Tangkak serta hospital.
Selain kes-kes Tibi klinik dada telah berkembang dengan mengendalikan Klinik Berhenti Merokok pada tahun 2000. Program Pendidikan Asthma ( Jun 2005 ) dan „Lung Function Test‟ ( Oktober 2005)
Misi
Misi
Kami sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran diri serta menekankan kualiti perkhidmatan dan rawatan berdasarkan budaya nilai-nilai korporat iaitu penyayang, kerjaberpasukan dan profesionalisma.
Kami sentiasa bekerjasama dengan pelangan dan ahli keluarga dalam mempromosikan kesihatan dari aspek pencegahan,kuarratif dan rehabilitasi.
Kami berusaha memberi perkhidmatan kesihatan yang berkualiti supaya pelanggan berpuas hati .
Visi
Visi
Mewujudkan perkhidmatan kepakaran perubatan dan perawatan secara optima yang merangkumi perkhidmatan penyayang, bekerja berpasukan secara professional untuk kepuasan pelangan.
Objektif
ObjektifUntuk memberi rawatan kepada pesakit yang mempunyai masalah komplek yang tidak boleh di rawat di JabatanPesakit Luar dan Poliklinik.
Untuk menstabilkan keadaan pesakit melalui rawatan yang rapi supaya mengurangkan kesakitan dan kesusahan di sebabkan penyakit yang di tanggung dengan segera.
Mengurangkan kemungkinan kematian yang di jangka.
Mengurangkan komplikasi hasil dari penyakit yang dirawat
Piagam
Piagam Pelanggan
Klinik Pakar Perubatan
- 80% pelanggan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dalam masa 90minit
- 20% pelanggan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dalam masa 120 minit
- Ruang Menunggu sentiasa bersih, selamat dan selesa
- Mengendalikan aduan pelanggan dalam masa 24 jam
Perkhidmatan
Perkhidmatan
Klinik Pakar Perubatan
Skop perkhidmatan:
- Diagnosis dan rawatan penyakit perubatan
- Ujian stress
- Ujian echocardiogram
- Pendidikan kesihatan bagi kes diabetes, darah tinggi dan asthma
- Kaunseling
Klinik Dada
Skop perkhidmatan
1. Rawatan pesakit TB
2. Perkhidmatan kaunseling, nasihat dan pendidikan kesihatan
3. Pengesanan penyakit TB dari golongan keluarga pesakit dan pesakit lali serta ingkar rawatan.
4. Suntikan mantoux
5. Klinik kaunseling Berhenti Merokok
Unit Satelit Hemodialisis
Skop perkhidmatan:
1. Rawatan hemodialisis
2. Membekalkan peralatan bagi dialisis di rumah dan CAPD
3. Menyelaras pesakit untuk pemindahan buah pinggang (sebelum dan selepas)
4. Dialisis akut di ICU5.
5. Klinik Pakar Nefrologi
Wad Perubatan (2,7,8,9,10,11,18)
Skop perkhidmatan
1. Rawatan perubatan pesakit dalam
2. Rawatan harian untuk kes Thalassemia
3. Rawatan antikoagulan untuk pesakit luar (dengan temujanji)
4. Rawatan pemulihan untuk kes COAD, Cardiac, Stroke dan Asthma.
Untuk maklumat lanjut berkenaan jadual klinik pakar, klik di sini