Jabatan Anaes
- Perincian
- Kategori: Klinikal
- Dicipta pada 06 Mac 2012
- Telah Dikemaskini pada 11 Mei 2016
- Ditulis oleh Super User
- Hit: 21554
Informasi
Informasi
Dewan bedah dan unit rawatan rapi terletak di tingkat satu bangunan diagnostik Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.
Jabatan ini mula beroperasi di lokasi baru ini pada 5 September 1999. Dewan bedah utama Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar dilengkapi kemudahan-kemudahan seperti berikut:
-
- 4 bilik bedah.
- 3 buah katil untuk penerimaan pre-pembedahan.
- 7 buah katil untuk jagaan pos-pembedahan.
- Kemudahan lain seperti Sterile store, bilik penyediaan, bilik induksi, bilik cucian dan dan stor Anesthetik.
- Bilik rehat anggota, bilik seminar dan pejabat untuk Ketua Jabatan dan Ketua Unit.
Unit rawatan rapi di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pula mempunyai 8 buah katil pada keseluruhannya dan satu khusus untuk kes isolation.
Jabatan ini juga menjalankan pembedahan minor di dewan bedah minor di bangunan lama yang mempunyai 2 buah bilik bedah dan 2 buah katil jagaan pos-pembedahan.
Selain daripada itu, terdapat sebuah bilik pembedahan yang telah diubahsuai untuk dijadikan bilik endoskopi di poliklinik yang beroperasi pada waktu pejabat dan kecemasan untuk prosedur
endoskopi dan bronkoskopi.
Wad Separa Kritikal (High Dependency Ward ) di blok Cengal mempunyai 14 katil telah dirasmikan pada 13hb Oktober 2003. Buat masa ini hanya 8 katil digunakan.Wad ini memberi penjagaan yang intensif kepada pesakit separa kritikal mengikut keutamaan. Unit ini di bawah penyeliaan seorang Ketua Jururawat 19, 29 orang jururawat U29, 1 orang Penolong Pegawai Perubatan dan 8 orang Pembantu Perawatan Kesihatan.
Misi
Misi
- Menyediakan perkhidmatan pembedahan dan pembiusan yang memberi penekanan ke arah kualiti perkhidmatan moden serta berkesan kepada pelanggan.
- Kami berusaha untuk meningkatkan status pembedahan dan pembiusan, memastikan keselamatan dan hak pesakitdilindungi serta keperluan mereka dipenuhi
- Menyediakan kemudahan pembedahan dan pembiusan kepada pelanggan agar proses pembedahan dapat dijalankan dengan kadar kesakitan dan komplikasi yang minima.
- Kami menekankan supaya semua anggota dan pegawai perubatan bekerjasama sebagai satu pasukan.
- Setiap anggota dan pegawai perubatan bertanggungjawab mengekalkan piawaian kualiti yang tinggi dan hasil kerja tercapaitanpa mengabaikan rawatan pesakit dengan kos yang rendah.
Visi
Visi
Mewujudkan perkhidmatan Kepakaran Anaestesiologi Dan Perawatan Secara Optima Merangkumi Perkhidmatan Penyayang, Kerja Berpasukan Secara Professional Untuk Kepuasan pelanggan.
Objektif
Objektif
Untuk menentukan setiap pesakit yang akan menjalani prosedur/pembedahan diberi bius dengan selamat dan berkesan
- Untuk menyediakan perkhidmatan rawatan rapi kepada pesakit yang tenat di unit rawatan rapi
- Untuk mengurangkan insiden komplikasi-komplikasi selepas pembedahan
Piagam
Piagam pelanggan
Kami Berjanji :
- Memaklumkan anggaran jangka masa pembedahan kepada waris
- Memberi penjagaan dan rawatan yang selamat kepada pesakit semasa pembedahan
- Menjaga Kehormatan dan kerahsiaan pesakit
- Memberi layanan mesra dan sentiasa membantu waris
- Mengendalikan aduan pelanggan dalam masa 24 jam
Perkhidmatan
Perkhidmatan
Jabatan Anestesiologi di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar menyediakan perkhidmatan berikut:
Pembiusan
a) Memberi Pembiusan kepada pesakit dari kebanyakan disiplin di hospital ini yang memerlukan pembedahan samada secara pilihan ataupun kecemasan.
b) Menyediakan perkhidmatan 24 jam bagi kes-kes kecemasan.
c) Membuat kajian dan penilaian teliti terhadap pesakit sebelum menjalankan pembedahan.
- Unit Rawatan Rapi
Unit ini menyediakan perkhidmatan rawatan rapi untuk pesakit-pesakit kritikal yang memerlukan pemerhatian rapi secara berterusan. Unit ini dilengkapkan dengan kepakaran dan anggota yang terlatih serta peralatan yang terkini. Beroperasi dengan 6 katil pada masa kini. Oleh kerana bilangan katil yang terhad, kemasukan pesakit ke unit ini dibuat berdasarkan keutamaan.
- Acute Pain Service
Perkhidmatan ini memberi rawatan kepada pesakit-pesakit yang mengalami kesakitan selepas pembedahan ataupun kecederaan. Kesakitan dapat dirawat secara lebih berkesan dengan menggunakan teknik-teknik seperti Patient Controlled Analgesia(PCA), Epidural Analgesia, Intrathecal Analgesia, Nerve plexus block, Parenteral Analgesia.
Untuk maklumat lanjut, klik disini