Jabatan Dermatologi
- Perincian
- Kategori: Klinikal
- Dicipta pada 06 Mac 2012
- Telah Dikemaskini pada 13 April 2016
- Ditulis oleh Super User
- Hit: 24040
Informasi
Informasi
Jabatan Dermatologi terletak di bangunan utama Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar bersebelahan dengan Klinik Psikiatri.
Dr. Noreen Bt Md Arus adalah Pegawai Perubatan yang ditugaskan menjaga Klinik Kulit dan seorang pakar atas lawatan dari Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru akan datang setiap sekali sebulan.
SUMBER MANUSIA
JAWATAN |
BILANGAN |
Pakar UD54 |
0 |
Pakar UD48 |
1(Visiting) |
Pegawai Perubatan UD48 |
2 |
Penolong Pegawai Perubatan U32 |
0 |
Penolong Pegawai Perubatan U29 |
1 |
Jururawat Terlatih U321(KUP) |
1 |
Jururawat Terlatih U29 |
0 |
Jururawat Masyarakat U19 |
2 |
Pembantu Perawatan Kesihatan U12 |
2 |
Pembantu Tadbir N17 |
1 |
Misi
Misi
Memberikan perkhidmatan rawatan dermatologi yang bermutu tinggi dengan cekap, berkualiti dan berkesan kepada pesakit luar dan pesakit dalam.
Visi
Visi
Untuk mengurangkan kesakitan, kesusahan sosial/kosmetik serta kehilangan produktiviti yang berkaitan dengan penyakit kulit, kusta dan penyakit kelamin.
Objektif
Objektif
- Untuk mengurangan kesakitan atau kesusahan social/kosmetik, morbidity dan mortality dan kehilangan produktivitiyang berkaitan dengan pesakit kulit, kusta dan penyakit kelamin.
- Untuk mengurangkan kejadian penyakit kusta dan penyakit kulit melalui :
a) Pendidikan kesihatan dan khidmat nasihat kepada pesakit
b) Untuk memberitahu pegawai kesihatan yang berkenaan di daerah kes-kes yang perlu dimaklumkan dari segi undang-undang
Piagam Pelanggan
Piagam Pelanggan
Kami berjanji untuk memberikan perhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti
a) Perkhidmatan klinik pakar akan diberikan mengikut temujanji dan/atau keadaan pesakit
b) Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan rawatan
c) Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin
d) Kemudahan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan
Perkhidmatan
Perkhidmatan
1.1 Rawatan penyakit kulit, kelamin, kusta dan kaunseling.
1.2 Rawatan `Day Care’: Excision, biopsy, cryotherapy, electrocautery, intralesion injection.
1.3 Pembelajaran berterusan (CME): ‘In-house training’ dan penganjuran kursus untuk anggota dan di klinik-klinik kesihatan.
Dasar Perkhidmatan
a) Berfungsi sebagai klinik pakar rujukan dan memberi rawatan Dermatologi, penyakit kelamin dan penyakit kusta kepada semua golongan pesakit dengan system temujanji kecuali kes kecemasan/segera
b) Pesakit akan discaj mengikut Perintah Fee 1982 dan pekeliling bayaran semasa
c) Rekod/kad pesakit akan disediakan sehari sebelum klinik
d) Semua rekod pesakit akan dirahsiakan
e) ‘Minor procedures’ akan dijalankan di bilik rawatan/bilik pembedahan kecil
f) Peperiksaan pesakit wanita oleh doktor lelaki akan ditemani oleh seorang anggota wanita
g) ‘Walk – in – clinic’ untuk pesakit kelamin (sexual transmitted infection)
h) Laluan hijau untuk warga tua (70) tahun ke atas, bayi dan kes tenat
i) Rwatan wad untuk kes-kes yang sakit tenat
j) Rujuk kes-kes yang bermasalah lain daripada penyakit kulit kepada unit rawatan lain seperti unit perubatan dan pembedahan mengikut keperluan kes-kes penyakit kulit yang memerlukan rawatan berlanjutan seperti Hospital Pakar Sultanah Fatimah akan dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Kes-kes barah kulit akan dirujuk ke unit khas seperti Plastic Surgery dan unit Oncology
Untuk maklumat lanjut jadual klinik klik disini