Latar Belakang
- Perincian
- Kategori: Profil
- Dicipta pada 06 Mac 2012
- Telah Dikemaskini pada 13 Mac 2012
- Ditulis oleh Super User
- Hit: 33655
Latar Belakang
Bandar Muar yang juga dikenali sebagai Bandar Maharani terletak lebih kurang 175km dari ibu negeri Johor, Johor Bahru. Mempunyai keluasan daerah 2346.12 km² dan populasi penduduk seramai 437 164 orang (2007).
Hospital Pakar Sultanah Fatimah telah ditubuhkan sekitar tahun 1900 di Jalan Petri, Muar dan dikenali sebagai 'Government Dispensary'. Keseluruhan perkhidmatan kesihatan telah berpindah lokasi ke Jalan Salleh (yang ada sekarang) pada tahun 1918 ketika perancangan semula bandar Muar dilakukan. Bermula pada tahun 1920an, hospital ini yang pernah dikenali sebagai Hospital Daerah Muar mengalami pelbagai pembangunan yang pesat hingga kini.
Penukaran dan perisytiharan nama dari Hospital Muar kepada Hospital Pakar Sultanah Fatimah telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultanah Johor pada 13 Oktober 2003.
Hospital ini merupakan hospital ketiga terpenting di negeri Johor selepas Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail. Ia juga menjadi rujukan bagi zon utara Negeri Johor bagi daerah Batu Pahat, Tangkak dan Segamat. Selain itu Hospital Pakar Sultanah Fatimah juga memegang peranan sebagai 'Teaching Hospital'.
Pelan Induk Projek Pembangunan Semula Hospital bermula semenjak tahun 1990 dan masih menantikan Blok Ambulatory Care Centre yang akan melengkapkan hospital ini dengan pelbagai kemudahan peralatan perubatan yang canggih bagi memenuhi keperluan perkhidmatan kepakaran yang disediakan.


Misi
- Menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang terbaik kepada masyarakat dengan menekankan kepada perkhidmatan berorientasikan pelanggan.
- Memastikan hak pelanggan dilindungi dan menghormati kemuliaan insan.
- Mengamalkan budaya kerja yang menekankan komunikasi berkesan, perkhidmatan secara professional yang mesra dan semangat kerja berpasukan.
- Menitikberatkan keberkesanan kos tanpa mengabaikan rawatan pelanggan dengan memastikan penggunaan sumber yang optima serta mengamalkan pendekatan yang inovatif dalam proses rawatan.
- Memelihara kebajikan anggota dan mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan selesa.
- Menyediakan peluang latihan dan kemahiran dalam bidang kerjaya serta pembangunan insan bagi mewujudkan Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar sebagai organisasi pembelajaran.
Visi
Mewujudkan sebuah institusi yang unggul yang menjadi mercutanda dalam perkhidmatan kesihatan dan membimbing kecermerlangan insan.
Kualiti
Objektif Kualiti
Memberikan perkhidmatan penentuan rawatan pemulihan yang bermutu tinggi dengan cekap, berkualiti dan berkesan kepada pesakit luar dan pesakit dalam yang memerlukan rawatan untuk menyelamatkan nyawa dan menghilangkan kesakitan bagi mencapai pemulihan awal dan maksima.
Dasar Kualiti
Kami adalah komited untuk memberikan perkhidmatan secara professional, cekap dan berkesan supaya dapat memenuhi kehendak pelanggan, standard professionalisma dan standard sistem pengurusan kualiti demi mencapai kecermerlangan pada setiap masa


