Jabatan Oftalmologi
- Perincian
- Kategori: Klinikal
- Dicipta pada 06 Mac 2012
- Telah Dikemaskini pada 11 Mei 2016
- Ditulis oleh Super User
- Hit: 22284
Informasi
Informasi
Jabatan Oftalmologi yang diketuai oleh seorang PakarPerunding Oftalmologi, jabatan ini merupakan pusat rujukan yang berkaitan dengan masalah sistem penglihatan sekitar daerah Muar, Tangkak, Segamat dan Batu Pahat.
Selain dari memberi rawatan pesakit luar dan menjalankan prosedur klinikal dan pembedahan kecil di klinik, jabatan ini juga menjalankan pembedahan major. Pesakit-pesakit yang perlu menjalankan pembedahan di tempatkan di wad-wad seperti wad 5 untuk pesakit lelaki dan wad 12 untuk pesakit perempuan.
Pakar Oftalmologi mempunyai jadual lawatan ke Hospital Segamat secara amnya pada hari Rabu minggu terakhir setiap bulan.
Misi
Misi
Mengamalkan budaya kerja yang menekankan komunikasi berkesan, perkhidmatan secara professional yang mesra dansemangat kerja berpasukan
Memelihara kebajikan anggota dan mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan selesa
Menyediakan peluang latihan dan kemahiran dalam bidang kerjaya bagi menjadikan Jabatan Oftamologi sebagai organisasipembelajaran yang berterusan
Visi
Visi
Mewujudkan Perkhidmatan Kepakaran Oftalmologi dan perawatan secara optima dengan menekankan budaya profesionalisma, kerja berpasukan, penyayang dan mesra bagi kepuasan pelanggan.
Objektif
Objektif
Untuk meningkatkan perkhidmatan Oftalmologi yang berkesan dan cekap supaya kes-kes kecacatan penglihatan yang boleh dielakkan dapat dikurangkan.
Untuk memperbaiki keadaan pesakit-pesakit yang kekurangan daya penglihatan atau menghadapi masalah mata yang lain.
Piagam
Piagam Pelanggan
Kami Berjanji :
- 80% pesakit akan dilihat oleh Pegawai Perubatan dalam masa 90 minit.
- 20% pesakit akan dilihat oleh Pegawai Perubatan dalam masa 120 minit.
- Ruang menunggu sentiasa bersih, selamat dan selesa.
Perkhidmatan
Perkhidmatan
- Klinik / Wad
- Sudut bacaan / pendidikan untuk pesakit dan kakitangan.
- Dewan Bedah
1. Pembedahan Harian ( Day Care)
2. Pembedahan Major.
- Community Eye : Mengadakan Community Eye Service sekurang-kurang 3 kali setahun.
- Khidmat nasihat berkaitan Oftalmologi.
- Pembedahan Kecil.
- Pembedahan Elektif.
- Rawatan Pesakit Luar.
- Rawatan Pesakit dalam.
- Rawatan Optometris.
- Pembedahan Major.
- Perkhidmatan rawatan Argon Laser.
- Perkhidmatan Ultrasound BScan.
- Rawatan dan Pembedahan Kecemasan.
- Untuk maklumat lanjut berkenaan jadual klinik pakar, klik di sini