Jabatan Psikiatri
- Perincian
- Kategori: Klinikal
- Dicipta pada 06 Mac 2012
- Telah Dikemaskini pada 11 Mei 2016
- Ditulis oleh Super User
- Hit: 27086
Informasi
Informasi
Jabatan Psikiatri Hospital Pakar Sultanah Fatimah telah di wujudkan pada tahun 1996.
Jabatan ini diketuai oleh seorang Pakar Perunding, enam orang Pegawai Perubatan Klinikal dan seorang Pegawai Kaunselor. Jawatan sokongan yang lain ialah Ketua Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih,Jurupulih Carakerja, Penolong Jururawat, Pembantu Hospita Rendah, dan Pembantu Perawatan Kesihatan dengan jumlah keseluruhan seramai 55 orang.
Perkhidmatan Jabatan ini terdiri dari Klinik Pesakit Luar yang terletak di Bangunan Poliklinik bersebelahan Klinik Dermatologi.
Manakala wad Lelaki dan perempuan dan Unit Komuniti terletak di Bangunan Lama Hospital Pakar Sultanah Fatimah.
Projek menaik taraf bangunan wad lelaki telah dilaksanakan dibawah bajet rangsangan pertama kerajaan bernilai Rm 165.000 ringgit bermula dalam bulan Mac 2009 dan siap sepenuhnya
dalam bulan Jun 2009. Projek ini telah memberikan keselesaan kepada pesakit untuk aktiviti riadah, bilik pantri dan ruang makan yang luas serta Dom B yang terbuka. Dewan Maharani telah diwujudkan untuk aktiviti Jabatan seperti tempat mengadakan mesyuarat, sambutan hari perayaan dan lain-lain majlis keraian.
Ia mempunyai 4 unit
- Wad ( Wad I: Lelaki & Wad 1: Perempuan)
- Terapi Cara Kerja Psikiatri
- Unit Komuniti Psikiatri
- Kaunseling
Kemudahan yang disediakan oleh Jabatan
1. Ruang menunggu pesakit di klinik
2. Sudut membaca untuk pesakit
JADUAL KLINIK TERKINI
Untuk Jadual terkini klinik, klik di sini
Anggota yang berkhidmat
Pengurusan & Profesional
- Pakar Psikiatri UD54 = 1 orang
- Pakar Psikiatri UD48 = 1 orang
- Pegawai Perubatan UD44 = 5 orang
- Pegawai Perubatan UD43 = 1 orang
- Pegawai Psikologi S41 = 1 orang
Ketua Jabatan : Dr Ibrahim
Ketua Jururawat : 1. KJ Zubaidah M Yunos
Misi
Misi
Jabatan Psikiatri berperanan selari dengan misi Hospital Pakar Sultanah Fatimah dalam memastikan penjagaan dan perkhidmatan kesihatan yang diberikan kepada pesakit psikiatri adalah lengkap serta berkualti. Ini turut melibatkan aktiviti-aktiviti dan program berbentuk Pendidikan Kesihatan Mental yang baik. Pencegahan Penyakit Rawatan yang betul dan berkenaan serta pemulihan pesakit dan integrasi dalam komuniti dan Klinik Kesihatan.
Visi
Visi
Menentu penjagaan dan perkhidmatan kesihatan mental yang lengkap dan peningkatan kualiti yang menyeluruh serta meliputi aktiviti-aktiviti Promosi, Pencegahan, Rawatan dan Pemulihan
Objektif
Objektif
Memberi perawatan perubatan psikiatri secara optima kepada semua pesakit yang memerlukan
1. Memberi raawatan perubatan psikiatri kepada semua pesakit yang memerlukan rawatan dalaman.
2. Memberi rawatan perubatan psikiatri yang dirujuk ke Klinik Psikiatri.
3. Memberi rawatan komuniti Psikiatri didalam komuniti untuk mencegah berulangnya penyakit yang berat.
4. Menjalankan program kesihatan mental dalam masyarakat.
Piagam
Piagam Pelanggan
Kami berjanji :
1. Semua pesakit diperiksa oleh Pegawai Perubatan dalam masa seperti berikut :
-
- 90 % dalam masa 1 jam
- 10% dalam masa 2 jam
- Serta merta untuk kes kecemasan
2. Semua pesakit diperiksa oleh Pakar sekurang-kurangnya sekali semasa berada di wad.
3. Menyampaikan maklumat kepada pesakit/waris dengan jelas dan tepat serta menjaga kerahsiaan mereka.
4. Menjaga kebersihan pesakit yang tidak berupaya dan tidak boleh menjaga diri mereka sendiri.
5. Menyediakan persekitaran yang bersih dan selamat.
6. Mengendalikan aduan pelanggan dalam masa 24 jam.
Perkhidmatan
Perkhidmatan
- Klinik Pakar / Rawatan Pesakit Luar : Klinik Pakar Psikiatri beroperasi 3 kali seminggu mulai hari Selasa hingga Khamis. Pesakit yang dirujuk/ yang hadir pada hari klinik diberi layanan serta rawatan yang efektif dan komprehensif.
- Rawatan Pesakit Dalam
Pesakit yang mengalami gangguan mental samada akut atau kronik, penyakit relaps yang telah dimasukkan ke wad. Pesakit akan diulangperiksa sebanyak 2 kali sehari oleh Pakar/ Pegawai Perubatan. Penggunaan ubat anti Psikotik generasi kedua ke atas pesakit terbukti efektif di samping rawatan terapi yang lain. Terapi Eletro-Konvulsif (ECT) di jalankan keatas pesakit yang memerlukan terapi tersebut mengikut keperluan. Aktiviti ADL (activity daily living) dan terapi bekerja dikendalikan oleh anggota wad dan Juru Pulih Carakerja.
- Rawatan di Komuniti (CPU)
Rawatan di komuniti telah dibuat dengan pesat keatas pesakit yang kronik, tiada kecelikan akal terhadap penyakit, keciciran rawatan susulan dan kurang sokongan keluarga. Lawatan ke rumah telah diadakan oleh Comunity Pschychiatry Unit (CPU), dimana anggota pasukan yang akan memberikan perawatan dirumah, sokongan profesional dan memperkasakan keluarga serta masyarakat dalam kaedah penjagaan pesakit di rumah dan komuniti.
- Perkhidmatan di Terapi Carakerja
1. ADL (activitiy of daily living)
- mengajar pesakit untuk melakukan aktiviti seperti mandi,makan,membersihkan diri, domestik (memasak)
2. PSYCOEDUCATION
- melibatkan terapi kumpulan untuk memberi pendedahan mengenai penyakit dan rawatan penyakit psikiatri.
3. RIADAH
- ”indoor games, outdoor games”
4. JOB PLACEMENT
- memberi penempatan pekerjaan kepada pesakit psikiatri yang stabil
- Perkhidmatan di Unit Kaunseling
- Memberikan perkhidmatan kaunseling dan psikoterapi
- mempertingkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan kesihatan mental dalam kehidupan seharian.