Laman Web Rasmi Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar

Font Size

Profile

SETTING

Jabatan Psikiatri

Informasi

Informasi

Jabatan Psikiatri Hospital Pakar  Sultanah Fatimah telah diwujudkan pada tahun 1996. Sebelum itu ia berfungsi sebagai Unit Psikiatri dengan perkhidmatan pesakit luar sahaja sebelum tahun 1990.

Jabatan ini diketuai oleh seorang Pakar Perunding Psikiatri , Dua orang Pakar Psikiatri, Seorang Pakar Psikiatri Klinikal, Sebelas orang Pegawai Perubatan dan seorang Pegawai Kaunselor. Jawatan sokongan yang lain ialah Ketua Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih, Jurupulih Carakerja, Jururawat Masyarakat dan Pembantu Perawatan Kesihatan dengan jumlah keseluruhan seramai 56 orang.

Perkhidmatan Jabatan ini terdiri dari Klinik Pakar Psikiatri yang terletak di Bangunan Poliklinik bersebelahan Klinik Dermatologi.Manakala perkhidmatan pesakit dalam terletak di Bangunan Lama Hospital Pakar Sultanah Fatimah. Unit Komuniti Psikiatri pula berada di bangunan pejabat penyelia lama Hospital di Jalan Salleh.

Projek menaik taraf bangunan wad lelaki telah dilaksanakan dalam bulan Mac 2018 dan siap sepenuhnyadalam bulan Jun 2018. Projek ini telah memberikan keselesaan kepada pesakit untuk aktiviti riadah, bilik pantri dan ruang makan yang luas serta Dom B yang terbuka. Dewan Maharani telah diwujudkan untuk aktiviti Jabatan seperti tempat mengadakan mesyuarat, sambutan hari perayaan dan lain-lain majlis keraian.

Enam unit utama Jabatan ini

1. Klinik Pakar Psikiatri

2. Wad ( Wad I: Lelaki & Wad 1: Perempuan)

3. Terapi Cara Kerja Psikiatri

4. Unit Komuniti Psikiatri

5. Kaunseling

6. Mental Health Psychosocial support Service

 

Kemudahan yang disediakan oleh Jabatan

1. Ruang menunggu pesakit di klinik

2. Sudut membaca untuk pesakit     

JADUAL KLINIK TERKINI

Untuk Jadual terkini klinik, klik di sini

Anggota yang berkhidmat

Pengurusan & Profesional

Pakar Perunding Psikiatri Jusa C   = 1 orang

Pakar Psikiatri UD56                       = 2 orang

Pakar Psikiatri UD48                       = 1 orang

Pegawai Perubatan UD52/54    = 2 orang

Pegawai Perubatan UD44/48        = 9 orang

Pegawai Psikologi S41                    = 1 orang

 

Ketua Jabatan                 : Dr Ahmad Zabidin

Ketua Jururawat            : KJ Rosrena Samsudin

Penyelia                         : En Mohd Hisam Jumaat              

 

 

Misi

Misi

Jabatan Psikiatri berperanan selari dengan misi Hospital Pakar Sultanah Fatimah dalam memastikan penjagaan dan perkhidmatan kesihatan yang diberikan kepada pesakit psikiatri adalah lengkap serta berkualiti melalui pendidikan kesihatan mental, pencegahan penyakit, rawatan yang berkesan dan pemulihan pesakit melalui integrasi dalam komuniti dan Klinik Kesihatan.

Visi

 

Visi

Memberi penjagaan dan perkhidmatan kesihatan mental yang lengkap dan peningkatan kualiti yang menyeluruh agar pesakit dapat menikmati kehidupan yang berkualiti dan diterima masyarakat

Objektif

 

Objektif

  1. Memberi perawatan perubatan psikiatri secara optima kepada semua pesakit yang memerlukan
  2. Menyediakan persekitaran yang selesa dan selamat bagi anggota dan pelanggan-pelanggan.
  3. Memberikan latihan dan pendidikan psikiatri dan kesihatan mental kepada kakitangan, pesakit dan masyarakat
  4. Menggalakkan penglibatan kakitangan dalam penyelidikan-penyelidikan dan program peningkatan kualiti.

 

Piagam

 

Piagam Pelanggan

Kami berjanji :

        1. Semua pesakit diperiksa oleh Pegawai Perubatan dalam masa seperti berikut :

             90 % dalam masa 1 jam

            10% dalam masa 2 jam

            Serta merta untuk kes kecemasan

        2.  Semua pesakit diperiksa oleh Pakar sekurang-kurangnya sekali semasa berada di wad.

        3.  Menyampaikan maklumat kepada pesakit/waris dengan jelas dan tepat serta menjaga 

             kerahsiaan mereka.

        4.  Menjaga kebersihan pesakit yang tidak berupaya dan tidak boleh menjaga diri     

              mereka sendiri. 

        5. Menyediakan persekitaran yang bersih dan selamat.

        6. Mengendalikan aduan pelanggan dalam masa 24 jam.

 

Perkhidmatan

Perkhidmatan

Klinik Pakar / Rawatan Pesakit Luar   : Klinik Pakar Psikiatri beroperasi 3 kali seminggu mulai hari Isnin hingga Rabu. Pesakit yang dirujuk/ yang hadir pada hari klinik diberi layanan serta rawatan yang efektif dan komprehensif.

Rawatan Pesakit Dalam

Pesakit yang mengalami gangguan mental samada akut atau kronik, yang memerlukan rawatan intensif akan dimasukkan ke wad secara sukarela atau dengan arahan doktor. Tatacara kemasukan tertakluk kepada Akta Kesihatan Mental 2001 melalui borang yang boleh di muat turun: http://medicalprac.moh.gov.my/v2/modules/mastop_publish/print.php?tac=Borang-Borang_Mental_Health

Pesakit akan diulangperiksa sebanyak 2 kali sehari oleh Pegawai Perubatan. Penggunaan ubat ke atas pesakit terbukti efektif di samping rawatan terapi yang lain seperti berikut:

    1. Aktiviti ADL (activity daily living) dan terapi bekerja dikendalikan oleh anggota wad dan Jurupulih Carakerja.
    2. Terapi Eletro-Konvulsif (ECT) dijalankan keatas pesakit yang memerlukan terapi tersebut mengikut keperluan.
  •  
  • Rawatan dalam Komuniti                                                                                                                                                                                                             

    Lawatan berkala ke rumah diadakan oleh Unit Komuniti Psikiatri, dimana anggota akan memberikan perawatan dirumah, sokongan profesional dan memperkasakan keluarga serta masyarakat dalam kaedah penjagaan pesakit di rumah dan komuniti.Rawatan dalam komuniti ini dibuat ke atas pesakit kronik yang keciciran rawatan susulan mungkin kerana tiada kesedaran terhadap penyakit atau kurang sokongan keluarga

Perkhidmatan Terapi Carakerja

  1. ADL (activitiy of daily living) :mengajar pesakit untuk melakukan aktiviti harian seperti mandi,makan,membersihkan diri dan memasak.
  2. PSYCHOEDUCATION: melibatkan terapi kumpulan untuk memberi pendedahan mengenai penyakit dan rawatan penyakit psikiatri.
  3. RIADAH: aktiviti rekreasi di dalam dan luar wad
  4. JOB PLACEMENT: memberi penempatan pekerjaan kepada pesakit psikiatri yang stabil di bengkel dan pasaran terbuka.

Perkhidmatan di Unit Kaunseling

1.       Memberikan perkhidmatan kaunseling dan penjagaan kesihatan mental yang berkesan

Mempertingkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan kesihatan mental dalam kehidupan seharian.

 

 

 

Hubungi Kami

mail Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Jln Salleh, 84000 Muar

telephone black 06-9564000

homepano faxicon lrg 06-9526003

email-iconAlamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Paparan Terbaik

      firefox logo google chromedengan Resolusi 1024 x 768 pixels

   

     moh 2     1gov2   mjperubatan   myhealth2   mycpd   anm   hrmis 2   mampu   msc 2   1gov2   moh 2   mhtc   jknh   Pusat Darah Negara   makna