Jabatan Dietetik & Sajian
- Perincian
- Kategori: Sokongan Klinikal
- Dicipta pada 07 Mac 2012
- Telah Dikemaskini pada 14 April 2016
- Ditulis oleh Super User
- Hit: 20807
Informasi
Informasi
Jabatan ini mula beroperasi pada tahun 1918 serentak dengan perkhidmatan pesakit dalam di hospital ini. Pada tahun 1976, operasi berpindah ke Blok Sajian berdekatan Unit Forensik sebelum berpindah ke bangunan sekarang pada 15 September, 2003.
Perkhidmatan Dietetik telah dimulakan pada tahun 1996 dengan kewujudan 1 jawatan Pegawai Dietetik .
Fungsi utama jabatan ini adalah membekalkan sajian makanan kepada pesakit di wad disamping menyediakan perkhidmatan terapi penjagaan dan rundingcara pemakanan (nutrition care consultation & support).
Selain itu, jabatan ini juga menyediakan kupon makanan kepada ‘Dr. On Call’ (aktif) dan juga catuan bekalan kepada petugas malam mengikut kelayakan.
Diterajui oleh seorang Pegawai Dietetik U52 selaku Ketua jabatan, keanggotaan jabatan ini adalah terdiri daripada jawatan Pegawai Dietetik, Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Penyelia Asrama dan Tukang Masak (tetap dan sambilan) yang kesemuanya berjumlah 39 orang.
Lokasi : bersebelahan Bangunan Farmasi Dalam dan Blok Angsana (blok wad Pembedahan dan Ortopedik)
Misi
Misi
Menyediakan perkhidmatan dietetik dan sajian yang terbaik berteraskan perkhidmatanberorientasikan pelanggan
- Mengamalkan budaya kerja penyayang, bekerja berpasukan dan profesionalisma dalamperlaksanaan perkhidmatan
- Menitikberatkan keberkesanan kos tanpa mengabaikan keperluan pemakanan pelanggan dengan memastikan penggunaan sumber yang optima serta mengamalkan pendekatanyang inovatif
- Memelihara kebajikan anggota dan mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan selesa
- Menyediakan peluang latihan dan kemahiran dalam bidang dietetik dan sajian serta pembangunan insan
Piagam Pelanggan
Piagam Pelanggan
Perkhidmatan Dietetik
Kami berjanji :
Menjalankan perkhidmatan dietetik kepada pesakit yang dirujuk oleh Pakar / Pegawai Perubatan berdasarkan keperluan dan kesesuaian mengikut ketetapan seperti di bawah :
- Pesakit Luar : Setiap Selasa, Rabu dan Khamis pada pukul 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari tidak termasuk cuti umum) di Klinik Diet, HPSF.
- Pesakit Dalam :
i. Kes kritikal – pesakit dilihat dalam tempoh 24 jam selepas rujukan diterima
ii. Kes Tidak Kritikal - pesakit dilihat dalam tempoh 48 jam selepas rujukan diterima
Perkhidmatan Sajian
Kami berjanji :
1. Menyediakan sajian makanan yang mencukupi untuk diambil oleh pelanggan tepat mengikut waktu seperti berikut :
- Sarapan Pagi : 7.00 pagi
- Makan Tengahari :12.00 tengahari
- Minum petang : 3.00 petang
- Makan Malam : 6.00 petang
2. Membekalkan catuan makan malam (night ration) kepada anggota petugas malam mengikut kelayakan yang telah ditetapkan.