Jabatan Fisioterapi
- Perincian
- Kategori: Sokongan Klinikal
- Dicipta pada 07 Mac 2012
- Telah Dikemaskini pada 14 April 2016
- Ditulis oleh Super User
- Hit: 22253
Informasi
Pengenalan
Jabatan Fisioterapi menyediakan perkhidmatan perawatan pemulihan rehabilitasi bagi pesakit yang mempunyai masalah fizikal dan pernafasan bagi membolehkan pesakit mencapai tahap kesihatan yang optimum. Jabatan ini mempunyai 9 ahli Fisioterapi yang diketuai oleh Madam Ho Ooi Keen (U 36), 2 anggota U32 dan 6 anggota U29.
Selain daripadakeanggotaan tersebut, jabatan ini turut diperkuatkan lagi dengan 2 orang pembantu perawatan kesihatan U3. Jabatan ini juga menerima rujukan daripada kawasan Johor Utara seperti Hospital Segamat, Tangkak, Batu Pahat dan klinik kesihatan daerah Muar. Selain itu, jabatan ini juga banyak menerima rujukan dari Hospital swasta seperti Hospital Pantai ,Putera dan Mahkota.
Misi
Misi
- Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dengan menitikberatkan keberkesanan rawatan.
- Memastikan segala rawatan adalah terkini dan mengikuti perkembangan dalam bidang perubatan.
- Mengamalkan budaya kerja berpasukan. mesra, berkomunikasi dengan baik, cekap dan profesional.
Visi
Visi
Mewujudkan perkhidmatan fisioterapi yang berkualiti dan terkini sejajar dengan perkembangan perubatan merangkumi perkhidmatan penyayang dan kerja berpasukan secara profesional untuk kepuasan pelanggan.
Objektif
Objektif
- Memberikan perkhidmatan rawatan fisioterapi yang optima, berkualiti dan terkini sejajardengan perkembangan teknologi perubatan bagi membolehkan pesakit menjalanikehidupan mereka dengan lebih aktfi dan produktif serta dapat menyumbangkan kearah kemajuan diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama.
- Menyediakan dan mengurus tadbir dengan cekap dan berkesan sebagai sebuah unit fisioterapi serta sentiasa menjaga piawai kerja yang dijayakan.
Piagam Pelanggan
Kami berjanji :
- Memberikan perkhidmatan yang selamat, selesa dan berkesan dalam tempoh 60 minit.
- Mengendalikan aduan pelanggan dalam masa 24 jam.
Perkhidmatan
Perkhidmatan
Perkhidmatan yang disediakan ialah
I. Chest Physiotherapy
a. Breathing exercise.
b. Postural Drainage.
c. Chest percusson / vibration.
d. suctioning
II. Senaman untuk kekuatan fizikal dan rehabilitasi pesakit Stroke /Ortopedik
III. Elektroterapi
a. Rawatan haba - hotpack / short wave / Infrared ray
b. Rawatan sejuk – ice pack / cryotherapy.
c. Interferential therapy.
d. TENS
e. Ultra sound.
f. Traction (Lumbar & cervical).
g. Stimulation (IDC)-
Rawatan Fisioterapi di Wad-Wad
*Khusus untuk pesakit yang tidak boleh bergerak.