Jabatan Pengimejan & Diagnostik
- Perincian
- Kategori: Sokongan Klinikal
- Dicipta pada 07 Mac 2012
- Telah Dikemaskini pada 14 April 2016
- Ditulis oleh Super User
- Hit: 23441
Informasi
Pengenalan
Jabatan ini menyediakan perkhidmatan kepakaran radiologi untuk HPSF dan menjadi pusat rujukan bagi kes dari Tangkak, Segamat dan Batu Pahat.
Jabatan diketuai oleh Pakar Perunding Radiologi dan dibantu oleh 2 pakar radiologi , 4 pegawai perubatan, 24 Juru X-Ray, 3 jururawat, 1 pembantu tadbir, 1 juruproses dan 5 atendan kesihatan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang komen/cadangan dengan perkhidmatan yang diberikan,
Sila hubungi:
Ketua Jabatan/Ketua Unit : +606-9521901 samb 275/289
Misi
Misi
- Memberi diagnosa yang cepat dan tepat.
- Merawat pesakit melalui prosedur-prosedur intervensi.
Piagam Pelanggan
Piagam Pelanggan
Kami berjanji :
1. Membuat pemeriksaan X-Ray biasa dalam tempoh 50 minit.
- 90% < 45 minit
- 10% < 50 minit
2. Membuat X-Ray khas CT, USG dan mammografi dalam tempoh 75 minit dari masa yang tertera pada tarikh temujanji yang ditetapkan dan pesakit dari wad hendaklah sampai/dihantar ke jabatan ini tidak lewat dari 15 minit dari masa yang telah ditetapkan.
3. Membuat pemeriksaan mudah gerak (mobile) di wad secara berkala pada: 9:30pagi, 11:30pagi, 1:30petang dan 3:30 petang semasa waktu pejabat.
4. Memberi tarikh temujanji pemeriksaan khas yang dijalankan di jabatan ini dalam tempoh 2 hari bekerja dari masa borang permohonan diterima.
5. Memberi laporan ke atas pemeriksaan X-Ray biasa, CT, USG, dan khas (melainkan MRI dan Mamografi) yang memerlukan laporan dalam masa:
- 02 hari bekerja (untuk pesakit dalam wad) dari masa selesai pemeriksaan atau tarikh terima permohonan untuk laporan.
- 05 hari bekerja (untuk pesakit luar) dari selesai pemeriksaan atau tarikh terima permohonan untuk laporan.
6. Memberi layanan yang baik dan mesra kepada pelanggan.
7. Mengendalikan aduan pelanggan dalam masa 24 jam.
Perkhidmatan
1. Menjalankan pemeriksaan Am
Lokasi : Bilik 1 & 2
2. Menjalankan pemeriksaan ultrasound
Lokasi : Bilik 3
3. Menjalankan pemeriksaan Flouroskopi Digital
Lokasi : Bilik 5
4. Menjalankan pemeriksaan IVU & Tomografi
Lokasi : Bilik 6
5. Menjalankan pemeriksaan CT Scan & 16 MSCT
Lokasi : Bilik 7
6. Menjalankan pemeriksaan Flouroskopi Digital
Lokasi : Bilik 8
7. Radiografi MudahGerak(Mobile)
Untuk kegunaan pesakit di wad, Dewan Bersalin & Dewan Bedah yang tidak dapat dibawa ke Jabatan.