Jabatan Kerja Sosial
- Perincian
- Kategori: Sokongan Klinikal
- Dicipta pada 07 Mac 2012
- Telah Dikemaskini pada 18 April 2016
- Ditulis oleh Super User
- Hit: 23385
Informasi
Informasi
Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan adalah merupakan salah satu perkhidmatan sokongan di hospital kerajaan yang bertujuan untuk membantu pesakit yang menghadapi masalah dari segi sosio perubatan. Perkhidmatan ini telahdiperkenalkan di Malaysia sejak tahun 1952.
Di peringkat awal, perkhidmatan yang diberikan lebih kepada bantuan kewangan kepada pesakit yang memerlukannya. Dari masa ke semasa sumbangan perkhidmatan ini menjadi bertambah penting dan semakin mencabar dalam arus permodenan selari dengan pertambahan masalah-masalah sosial yang dibawa bersama oleh pembangunan dalam menuju ke arah sebuah negara maju.
Peranan utama jabatan ini adalah untuk memberikan perkhidmatan bagi menyelaras dan mengurus masalah psiko-sosial dan sosioekonomi pesakit serta sebagai pusat perhubungan atau rujukan bagi
pesakit,keluarga atau relatif.
Misi
Misi
Membantu pesakit terutamanya dalam aspek psiko-sosial dan sosio-ekonomi agar mereka dapatkembali menjadi anggota masyarakat dan berada dalam kefungsian sosial serta boleh berdikari bersesuaian dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakit serta masalah psiko-sosial yang dihadapinya.
Visi
Visi
Mewujudkan satu perkhidmatan sosial perubatan yang berkualiti dan efektif kepada semua pelanggan.
Objektif
Objektif
- Untuk melaksanakan program khidmat sosial komprehensif dan bersepadu.
- Untuk mengendalikan dan menyelaras masalah sosial.
- Untuk memberi bantuan dan khidmat sosial melalui sokongan terapi, bantuan praktikdan bantuan am.
Piagam Pelanggan
Piagam Pelanggan
Kami berjanji :
- Mengendalikan kes-kes yang melibatakan perundangan dan kes polis dalam masa 24 jam (hari bekerja). Sekiranya pegawai bercuti, tindakan akan diambil oleh Pegawai Pelindung dai Jabatan Kebajikan Masyarakat.
- Mengambil tindakan terhadap jes yang dirujuk dalam masa 3 hari bekerja.
- Mengambil tindakan terhadap kes rujukan dari agensi luar dalam masa 5 hari bekerja.
- Merahsiakan maklumat pesakit.
- Mengendalikan aduan pelanggan dalam masa 24 jam.
Perkhidmatan
Perkhidmatan
1. Bantuan Pratikal & Kewangan
- Penilaian Sosio-ekonomi
- Pendidikan Khas / Latihan /Pendaftaran Kes KurangUpaya
- Perancangan Keluar Wad / Mengesan Waris
- Lawatan Rumah / Home Visit
- Penempatan Institusi
- Penjagaan Anak Pelihara / Anak Angkat
- Tambang
- Alat Tiruan / Peralatan Perubatan
- Lain-lain
2. Sokongan Psiko-Sosial
- Penjagaan Pesakit Kronik / Paliatif
- Cubaan Bunuh Diri
- Perbalahan / Keganasan Rumah Tangga
- Ibu Tanpa Nikah
- Mangsa Perkosaan
- Penganiayaan Kanak-kanak
- Masalah Tingkahlaku
- Kes kUrang Upaya / Cacat
- HIV Positif / AIDS
- Pendatang Tanpa Izin(PATI)
- Perlindungan Wanita / Gadis
- Lain-lain
Perkhidmatan Khas
Jabatan Kerja Sosial Perubatan juga terlibat sebagai koordinator atau rujukan bagi :-
- i. Terapi Sokongan Sosial
- ii. Bantuan Praktikal atau Kewangan

