Unit Hasil
- Perincian
- Kategori: Sokongan
- Dicipta pada 07 Mac 2012
- Telah Dikemaskini pada 13 April 2016
- Ditulis oleh Super User
- Hit: 21023
Informasi
Informasi
Adalah satu unit dibawah bahagian Pengurusan, berperanan mengurus kutipan hasil kerajaan dari pelbagai sumber seperti kutipan pesakit dalam, pesakit luar, bayaran sewa bangunan, tanah, bayaran laporan perubatan dan pebagai bayaran yang dibenarkan.
Bilik Daftar Masuk diletakan dibawah pentadbiran unit hasil dimana fungsinya mendaftar pesakit dalam dan membuat kutipan hasil selepas waktu pejabat dan cuti umum serta kutipan deposit.
Lokasi Unit :
Unit Hasil terletak di tingkat bawah bangunan utama, bersebelahan dengan kaunter Hasil.
Waktu Perkhidmatan
Waktu pejabat : 8.00 pagi - 4.30 petang.
Selepas waktu pejabat segala urusan dirujuk ke BDM (Bilik Daftar Masuk).
Misi
Misi
Melaksanakan kutipan hasil secara profesional dengan berpandukan garis panduan yang ditetapkan.
Objektif
Objektif
Bagi meningkatkan kutipan, mengurangkan tunggakan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
Piagam Pelanggan
Piagam Pelanggan
Kami berjanji :
- Bil-bil Am 115 - Pin 11/80 dapat disampaikan kepada pesakit di wad dalam masa 3 minit (dari masa penerimaan rekod pesakit daripada anggota di wad).
- Kew.38 - Pin 2/86 dapat diserahkan kepada pesakit / pembayar dalam masa 1 minit (dari masa penerimaan Am. 115 - Pin 11/80 daripada pembayar).
- Bayaran balik baki wang deposit secara tunai dapat diserahkan kepada pendeposit dalam masa 5 minit ( sekiranya wang panjar mencukupi) dan segala dokumen asal lengkap.
- Pesakit-pesakit wad kelas 3 yang tidak mampu membayar jumlah bil yang tinggi, di beri kelulusan pengecualian penuh / sebahagian setelah ditemuduga oleh pegawai dan mengemukakan surat sokongan Penghulu/Ketua Kampung dalam masa 10 minit.
- Mengendalikan aduan pelanggan dalam masa 24 jam
Perkhidmatan
Perkhidmatan
1. Menerima segala kutipan caj-caj rawatan wad dan klinik pakar.
2. Memulangkan baki wang deposit caj rawatan dan deposit.
3. Menyediakan perkhidmatan pembayaran melalui kredit dan debit kad.
4. Menyediakan perkhidmatan surat jaminan secara elektronik (e-GL) bagi kakitangan kerajaan