Unit ICT
- Perincian
- Kategori: Sokongan
- Dicipta pada 07 Mac 2012
- Telah Dikemaskini pada 13 April 2016
- Ditulis oleh Super User
- Hit: 20561
Informasi
Informasi
Unit ICT telah ditubuhkan pada tahun 2009 dan dianggotai oleh 4 kakitangan. Ia ditubuhkan untuk menyokong pengurusan dan pentadbiran hospital.
Lokasinya adalah di tingkat bawah bangunan utama.
Misi
Misi
- Memajukan modal insan HPSF dari segi pengetahun ICT.
- Menjadikan HPSF sebagai hospital yang mengaplikasikan perisian ‘open source’.
- Menjadikan perkongsian maklumat sebagai teras ICT di HPSF.
Visi
Visi
- Menjadikan HPSF sebagai teraju penggunaan ICT dikalangan hospital bukan ICT.
- Menjadikan warga HPSF sebagai warga hospital celik ICT
Piagam Pelanggan
Piagam Pelanggan
Kami berjanji :
1. Menyelesaikan 90% laporan kerosan perkakasan dan perisian dalam tempoh 5 haribekerja dari tarikh aduan bagi kes yang tidak melibatkan perolehan alat ganti.
2. Melaksanakan penyelenggaraan berjadual 2 kali setahun bagi perisian computer.
3. Melaksanakan 90% latihan yang dirancang kepada kakitangan Hospital Pakar Sultanah Fatimah.
Perkhidmatan
Perkhidmatan
Terdapat 4 perkhidmatan utama yang dilakukan oleh Unit ICT. Antaranya adalah seperti berikut :
Penyelenggaraan
Ini meliputi kesemua peralatan ICT di HPSF. Aktiviti yang terlibat dalam penyelenggaraan adalah mengemaskini pattern antivirus terkini, mengemaskini sistem pengoperasian, memastikan peralatan ICT berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan dengan optimum.
Berikut adalah jumlah peralatan ICT yang terdapat di HPSF.
· 116 komputer
· 92 pencetak
· 5 server
· 12 komputer riba
· 37 switches
Rangkaian Komputer – Terdapat 4 rangkaian komputer di HPSF. Ia adalah rangkaian EG net, moh net, streamyx dan rangkaian LAN diHPSF.
Bantuan Teknikal - Unit ICT HPSF juga telah diarahkan oleh pihak JKNJ untuk memberi bantuan teknikal kepada
· Pejabat Kesihatan Daerah Muar
· Pejabat Pergigian Muar
· Klinik Kesihatan Bandar Maharani
· Klinik Pergigian (HPSF)
· Klinik Pergigian Maharani
· Klinik Pergigian Parit Jawa
· Klinik Pergigian Sungai Mati
· Klinik Pergigian Tangkak
Sistem – Unit ICT juga menjadi pentadbir sistem bagi sistem HRMIS, enia-kpi, e-aduan dan mohcube.
Menyelaras sistem PA, LCD projector & mengambil gambar dan video
Pada bulan Disember 2009, Unit ICT telah menawarkan khidmat sebagai jawatan kuasa Teknikal dalam menguruskan sistem PA, LCD projector dan mengambil gambar & video bagi aktiviti yang dijalankan oleh HPSF.