Jabatan Pengurusan
- Perincian
- Kategori: Sokongan
- Dicipta pada 07 Mac 2012
- Telah Dikemaskini pada 13 April 2016
- Ditulis oleh Super User
- Hit: 22014
Informasi
Unit Pentadbiran
Unit ini adalah bertanggungjawab ke atas urusan Pentadbiran hospital serta memantau dan menyelaras hal-hal pengurusan jabatan-jabatan dan unit-unit dibawah pentadbiran hospital.
Tanggungjawab lain termasuk menjadi urusetia kepada beberapa Jawatankuasa Pengurusan Jabatan dan Keselamatan Pejabat. Antara jawatankuasa yang mana unit ini menjadi urusetia adalah Mesyuarat Pengurusan, Mesyuarat Pagi dan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan.
Unit Sumber Manusia
Unit ini bertanggungjawab menguruskan perkhidmatan anggota meliputi pengwujudan dan pengisian jawatan, perlantikan baru, pengesahan lantikan, pengesahan dalam jawatan, urusan pencen, pertukaran, kenaikan pangkat, kursus dan latihan, penilaian tahap kecekapan serta lain-lain urusan berkaitan yang diarahkan dari masa ke semasa.
Unit Kewangan
Unit Kewanganmerupakan salah satu unit dibawah bahagian Pengurusan Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar yang bertanggungjawab melaksanakan pengurusan kewangan jabatan dengan cekap dan berhemah.
Antara fungsi utama unit ini adalah menguruskan bajet tahunan, melaksanakan perolehan kerajaan, pembayaran gaji dan elaun anggota dan pembayaran kepada pembekal.
Disamping itu unit ini juga bertanggungjawab menyediakan laporan-laporan kewangan dan mengadakan mesyuarat jawatan kuasa kewangan dan akaun peringkat jabatan.
Semua aktiviti kewangan dilaksanakan selaras dengan peraturan, tatacara dan prosedur kewangan yang dikeluarkan oleh agensi pusat. Antaranya adalah:-
- Arahan Perbendaharaan (AP).
- Pekeliling Perbendaharaan.
- Surat Arahan Perbendaharaan.
- Surat Pekeliling Perbendaharaan.
- Pekeliling Perkhidmatan.
- Surat Pekeliling Perkhidmatan.
Proses perolehan dan bayaran yang dilakukan oleh Unit Kewangan dikawal selia oleh Kementerian Kewangan melalui agensinya, Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Negeri Johor.
Sistem Perakaunan Elektronik
Sistem perakaunan eSPKB (Sistem Perancangan dan Kawalan Perbelanjaan) digunapakai sepenuhnya sejak tahun 2005 bagi memastikan perbelanjaan dapat dipantau dari masa ke masadan perancangan perbelanjaan akan datang dapat dibuat agar tidak melebihi peruntukan yang diberi.
Unit Hasil
Adalah satu unit dibawah bahagian Pengurusan,berperanan mengurus kutipan hasil kerajaandari pelbagai sumber seperti kutipan pesakit dalam, pesakit luar, bayaran sewa bangunan,tanah, bayaran laporan perubatan dan pebagai bayaran yang dibenarkan.
Bilik Daftar Masuk diletakan dibawah pentadbiran unit hasil dimana fungsinya mendaftar pesakit dalam dan membuat kutipan hasil selepas waktu pejabat dan cuti umum serta kutipan deposit.
Tugasan lain yang diberi tangungjawab kepada Bilik Daftar Masuk ini termasuklah penyimpanan kunci-kunci jabatan bagi memudahkan urusan disebabkan Bilik Daftar Masuk ini beroperasi 24 jam.
Objektif
Objektif
Objektif Bahagian pengurusan adalah bagi memastikan semua dasar dan program KementerianKesihatan Malaysia serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor berkaitan dengan urusan pentadbiran, pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan dan latihan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
Strategi Bahagian
Strategi yang digunapakai oleh bahagian pengurusan bagi mencapai objektif jabatan adalah:
- Memastikan jentera pentadbiran sentiasa berfungsi dengan cekap dan efektif.
- Mendorong semua anggota bekerja sebagai satu pasukan.
- Memastikan sumber kewangan sentiasa digunakan dengan efisyen dan efektif.
- Memastikan semua kakitangan sentiasa mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran kerja mereka.
Piagam Pelanggan
Kami berjanji :
1. Memastikan surat/pekeliling diedar dalam tempoh :
- 24 jam untuk unit pentadbiran dan surat-surat untuk tindakan segera
- 2 hari bekerja untuk lain-lain unit
2. Memastikan semua permohonan pendaftaran fail baru dilaksanakan pada hari yang sama.
Perkhidmatan
- Memproses dan memperakukan ke pihak yang berkenaan, semua urusabn berkaitanperkhidmatan anggota (pengesahan perlantikan, pengesahan dalam jawatan, perakuanke dalam jawatan berpencen, pergerakan gaji, pinjaman perumahan, cuti-cuti dalamperkhidmatan, pertukaran dan pengisytiharan harta ) dalam masa 7 hari selepas semua dokumen lengkap diterima atau sebelum tempoh yang ditetapkan bagi sesuatu urusan itu berakhir.
- Memproses dan menghantar permohonan kenaikan pangkat bagi yang layak, posbasik, latihan dalam perkhidmatan selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh tutup iklan.
- Memastikan dokumen lengkap bagi urusan persaraan diterima dan dihantar ke pihak yang berkenaan dalam masa 2 tahun sebelum anggota bersara (dokumen peringkat pertama) dan tidak kurang daripada 3 bulan sebelum bersara (dokumen peringkatkedua).
Kewangan
- Semua tuntuan perjalanan EKLWBB/ELM akan diproses dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan borang-borang tuntutan lengkap sekiranya tiada gangguan sistem.
- Gaji anggota lantikan baru akan diproses dalam tempoh 7 hari setelah dokumen lengkap diterima
- Walau bagaimanapun, arahan Jabatan Akauntan Negara Cawangan Johor perlu dipatuhi
- Mengendalikan aduan pelanggan dalam masa 24 jam