Unit Penyeliaan & Pengangkutan
- Perincian
- Kategori: Sokongan
- Dicipta pada 07 Mac 2012
- Telah Dikemaskini pada 13 April 2016
- Ditulis oleh Super User
- Hit: 20942
Informasi
Informasi
Unit Penyeliaan dan Pengangkutan Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar adalah unit yang bertanggungjawab bagi memantau dan mengurus beberapa penjawatan serta menyelia kenderaan-kenderaan termasuk ambulan dan kenderaan pejabat.
Unit ini terdiri daripada Penolong Pegawai Perubatan, Pembantu Keselamatan, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pemandu.
Misi
Misi
Mengamalkan budaya kerja yang berteraskan budaya korporat.
- Memilihara kebajikan anggota dan mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan selesa.
- Menyediakan peluang latihan dan kemahiran dalam bidang kerjaya bagi menjadikan perkhidmatan pengangkutan yang cekap dan berkemahiran.
Visi
Visi
Mewujudkan perkhidmatan Penyeliaan dan Pengangkutan dan optima dengan menekankan kerja berpasukan penyayang dan mesra.
Objektif
Objektif
Penyeliaan Hospital
- Memastikan anggota – anggota dibawah tanggungjawab melaksanakan tugas mengikut etika kerja serta penuh tanggungjawab
- Memastikan serta mengwujudkan kawasan hospital sentiasa dalam keadaan selamat dan selesa kepada anggota, orang awam serta bangunan dan harta benda dari sebarang ancaman.
Pengangkutan
- Memastikan setiap permohonan kenderaan dapat disediakan dalam masa yang diperlukan mengikut keutamaan.
- Memastikan setiap kenderaan siap sedia dan selamat untuk digunakan pada bila – bila masa
Piagam Pelanggan
Piagam Pelanggan
Kami berjanji :
- Memberi perkhidmatan penyeliaan yang mesra, cekap dan selamat.
- Menyediakan maklumat yang tepat dan profesional
- Menyediakan khidmat pengangkutan dalam tempoh
- Keperluan segera - 4 jam
- Keperluan berjadual - 48 jam
Perkhidmatan
Perkhidmatan
Menguruskan ambulan untuk panggilan kes kecemasan Jabatan Kecemasan dan Trauma. Panggilan ambulan untuk kes –kes kecemasan bukan sahaja sekitar Daerah Muar tetapi meliputi Klinik –Klinik Kesihatan dalam Pentadbiran Pejabat Kesihatan Muar.
- Mengurus Perkhidmatan ambulan untuk kes rujukan lanjut ke Hospital lain seperti Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, Hospital Kuala Lumpur, Institiut Jantung Negara Kuala Lumpur, Hospital Selayang, HospitalSerdang, Hospital Universiti Kebangsaan Bangi, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Putrajaya, Hospital Sungai Buloh, Hospital Melaka dan lain – lain.
- Menguruskan kenderaan jabatan untuk urusan rasmi seperti menghantar anggota berkursus di luar daerah, Pegawai pergi mesyuarat, penghantaran surat-surat spesimen, pengambilan ubat-ubatan,reagent, penghantaran jenazah dan unit bergerak tabung darah sekitar daerah Muar dan di luar Daerah Muar.