Jabatan Rekod Perubatan
- Perincian
- Kategori: Sokongan
- Dicipta pada 07 Mac 2012
- Telah Dikemaskini pada 13 April 2016
- Ditulis oleh Super User
- Hit: 21339
Informasi
Informasi
Pada tahun 2009, Jabatan Rekod Perubatan telah meneruskan peranannya sebagai salah satu perkhidmatan sokongan di HPSF, Muar.
Sasaran Unit
Pada tahun 2009, sasaran Unit Rekod Perubatan ialah meneruskan kerja-kerja pengubahsuaian susunan rekod-rekod mengikut sistem Modified Terminal Digit Filing (MTDFS) dan mencantumkan rekod - rekod pesakit dalam semasa dengan terdahulu menjadi One Patient One Folder secara berperingkat-peringkat, dibantu oleh pekerja sambilan. Perlaksanaan aktiviti ini akan diteruskan pada tahun 2010.
Misi
Misi
Menyediakan perkhidmatan rekod perubatan yang terbaik kepada masyarakat denganmenekankan kepada aspel perkhidmatan berorientasikan pelanggan
- Memastikan hak-hak pelanggan dilindungi. dipenuhi dan menghormati kemuliaan insan
- Meuwujudkan satu sistem yang unggul bagi memastikan rekod perubatan dipelihara dan disimpan dengan selamat dan teratur
- Mengamalkan budaya kerja yang menekankan kepada komunikasi yang berkesan, perkhidmatan secara profesional yang cepat, tepat, cekap dan mesra serta semangat kerja berpasukan.
- Memelihara kebajikan anggota dan mewujudkan persekitaran dan suasana kerja yang selamat dan selesa.
Visi
Visi
Mewujudkan perkhidmatan secara optima merangkumi perkhidmatan penyayang, kerja berpasukan secara profesional untuk kepuasan pelanggan.
Objektif
Objektif
- Menyimpan rekod perubatan, laporan perubatan dan statistik dengan selamat, teratur dan berkesan.
- Memberi perkhidmatan rekod perubatan yang terbaik, berkualiti dan berkesan kepada pelanggan dengan memastikan hak-hak pelanggan dilindungi, dipenuhi dan menghormati kemuliaan insan.
- Meningkatkan mutu dan kualiti sistem penyimpanan rekod perubatan supaya ia dapat dikesan dengan tepat dan cepat demi kepentingan pelanggan.
- Menyediakan statistik-statistik hospital dengan tepat, cepat dan berkesan.
- Kami adalah komited untuk sentiasa meningkatkan mutu kualiti perkhidmatan kami supaya memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.
Piagam Pelanggan
Piagam Pelanggan
Kami berjanji
- Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan yang cekap dan tepat didalam suasana yang selesa, mesa dan bersopan santun.
- Menyampaikan maklumat yang tepat kepada pelanggan dan menjaga kerahsiaan mereka.
- Memastikan permohonan Laporan Perubatan disiapkan dalam tempoh minima 30 hari dalam waktu bekerja.
Perkhidmatan
Perkhidmatan
Rekod Perubatan
1. Pengurusan Rekod Perubatan
1.1. Kawalan Pewujudan Rekod
1.2. Keselamatan Rekod
1.3. Penerimaan/Penyimpanan/Carian
1.4. Penilaian dan Pelupusan.
2. Medico Legal
2.1. Laporan Perubatan
2.2. Lembaga Perubatan
2.3. Tuntutan Insuran
3. Data & Statistik
3.1. Data-Data dan Statistik Hospital
3.2. Penerimaan dan Semakan serta Koding BHT